Mohon Aktifkan Javascript!Enable JavaScript

HTML/JavaScript

Nurul Izzah Mahu Saman BH Dan NST, Dakwa Salah Lapor Kaitannya Dengan Justo



KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar berita Harian dan News Straits Times (NST) selepas mendakwa wujud laporan palsu berhubung tawaran USD2 juta kepada Xavier Justo untuk mendapatkan data 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya bahawa saya pernah menawarkan USD2 juta kepada Justo dalam bentuk kontrak kerajaan sekiranya parti pembangkang memegang kuasa. Saya tidak pernah berjumpa dengan beliau.

“Saya telah mengarahkan peguam untuk meneruskan tindakan undang-undang ke atas NST dan Berita Harian,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kedua-dua akhbar berkenaan pada hari ini menyiarkan laporan Naib Presiden PKR itu berminat untuk mendapatkan maklumat berkaitan 1MDB.

Justo membuat pengakuan bertulis dengan turut menyebut Izzah bagaimanapun bukan pembeli yang dimahukannya.

Justo dalam pada itu turut mengakui menolak tawaran Izzah yang mahu membayar dalam bentuk kontrak jika Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa kerajaan.

Dia mendakwa Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown merupakan broker dan Izzah diuruskan oleh individu berkenaan. -Siakapkeli.my
0 Komentar untuk " Nurul Izzah Mahu Saman BH Dan NST, Dakwa Salah Lapor Kaitannya Dengan Justo "

Back To Top