Mohon Aktifkan Javascript!Enable JavaScript

HTML/JavaScript

Lelaki 34 Tahun Ini Kongsi 3 Rahsia Perubahan Ketara Dirinya



Pada 8 September lalu, seorang lelaki Korea yang berusia 34 tahun berkongsi gambar dietnya di laman komuniti yang dikenali sebagai Pann.

Perubahan drastik yang berlaku pada lelaki berkenaan mengejutkan netizens sehingga ada yang menyifatkannya "kembali muda".

Diet yang diamalkan oleh lelaki tersebut, menyebabkan perubahan pada muka dan juga berat badannya yang turun sebanyak 15kg.

Memetik laporan dari Koreaboo,  lelaki itu mengamalkan diet untuk kelihatan lebih muda dan menguruskan badan.

"Umm.. saya tak pernah berkongsi apa-apa disini jadi saya tak tahu nak kata apa tapi saya akan berkongsi gambar perjalanan penurunan berat badan saya. Saya bertekad untuk diet untuk meningkatkan keyakinan diri saya. 

"Pada umur 20-an, orang cuma risaukan rupa paras untuk jantina berlainan tetapi apabila umur meningkat kepada pertengahan 30-an keyakinan diri menjadi topik yang selalu dibincangkan.

"Itu sebabnya saya bertekad untuk mencuba sendiri. Memandangkan saya bekerja sebagai programmer saya jarang meninggalkan meja dan selepas bertahun bekerja dalam situasi ini saya dapat rasa kondisi badan saya teruk", kata lelaki tersebut.


Dia berkongsi 3 tip untuk diet yang berjaya :

1 - Gemarkan diri berjalan. Walaupun tiada masa untuk bersenam, berjalan (seperti contoh) ke tempat mesyuarat sudah mencukupi sebagai senaman.

2 - Untuk makanan, cuba makan sekali sehari pada lewat tengahhari. TAPI makan apa sahaja yang kamu mahu sehingga kenyang sekitar jam 1 tengahhari. Selepas itu hanya minum 'protein shake' jika lapar.

3 - Pastikan sebotol teh barli sentiasa ada bersama. Ia boleh menyekat selera makan dan memberi vitamin secukupnya serta boleh memastikan kamu sentiasa terhidrat.

"Saya pastikan diri saya sentiasa mengikut tiga peraturan mudah ini dan tidak bersenam dengan ekstrim atau kebuluran. Perkara yang paling penting adalah membaiki buah fikiran "Saya akan pergi isi perut sebab ia masa untuk makan". Hanya makan bila perlu. Saya sangat menghormati mereka yang boleh hilang berat badan walaupun makan 3 kali sehari.", katanya.

Selain itu, lelaki Korea itu turut berkongsi gambarnya sebelum dan kini.

Ketika Remaja : 


20-an : 


33 Tahun (Februari 2014)


33 Tahun (September 2014) :

34 Tahun :






Gambar terbaru : 


- Siakapkeli.my
0 Komentar untuk " Lelaki 34 Tahun Ini Kongsi 3 Rahsia Perubahan Ketara Dirinya "

Back To Top