Mohon Aktifkan Javascript!Enable JavaScript

HTML/JavaScript

Kucing pun pandai menyamar, JOM TENGOK!



Ramai mengetahui bahawa kucing adalah haiwan yang amat comel dan menjadi pilihan ramai orang di dunia untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan.

Sifatnya yang manja, suka dibelai dan bulu yang lembut sudah pasti membuatkan si pemilik tidak akan berasa bosan jika berseorangan di rumah terutamanya di waktu cuti.

Tidak hairanlah ada orang sanggup berhabisan ribuan ringgit bagi mendapatkan seekor kucing untuk dijadikan haiwan peliharaan dan juga teman mengisi waktu lapang.

Perlu diketahui juga bahawa kucing merupakan haiwan kesayangan Nabi Muhammad S.A.W di mana ada satu hari baginda hendak mengambil jubahnya tetapi kucing baginda bernama Mueeza telah tidur diatas lengan jubah tersebut menyebabkan baginda Nabi Muhammad S.A.W telah memotong lengan jubahnya itu kerana takut Mueeza terjaga.

Tahukah anda berdasarkan kajian ilmiah memelihara kucing sangat baik untuk kesihatan di mana ia dapat mengurangkan risiko terkena penyakit tekanan darah tinggi.

Bermain dengan kucing dengan membelai-belai bulunya dapat membantu mengurangkan stress dan kucing yang sedang tidur mendengkur di pangkuan anda merupakan muzik paling berkesan untuk mententeramkan emosi.

Malah ahli sains terkenal, Sir Isaac Newton terkenal bukan saja karana penemuannya mengenai hukum gravitasi, tetapi juga kerana penciptaan pintu rumah (cat flap) pertama.



Masyarakat mesir kuno adalah orang-orang yang pertama menyedari potensi kucing apabila mereka menggunakannya sebagai pemburu tikus. Mereka menjinakkan dan memelihara kucing untuk melindungi ladang dan gudang jagung.
Hebatkan rupanya si comel yang berada di rumah anda itu, penceritaan tentang haiwan comel ini telah diceritakan sejak dahulu lagu.
Dah sembang pasal kucing ini, jom kita saksikan aksi-aksi comel haiwan manja ini melakukan yang menyamar di mana gambar-gambar ini sudah pasti akan membuatkan anda yang minat kucing tersenyum.


























0 Komentar untuk " Kucing pun pandai menyamar, JOM TENGOK! "

Back To Top