Mohon Aktifkan Javascript!Enable JavaScript

HTML/JavaScript

Kisah Ketabahan Mak Cik Hendon Ini Akan Buatkan Air Mata Anda Menitis



Walaupun cacat penglihatan, tetapi warga emas yang dikenali Mak Cik Hendon ini mempunyai hati yang sangat terang. Walaupun usianya sudah mencecah 75 tahun, dia masih gigih dan kuat lagi bekerja demi untuk menyara kehidupannya. Setiap hari, ibu tunggal yang mempunyai tiga orang anak ini akan menyorong gerai sejauh kira-kira 200 meter untuk menjual makanan ringan di Jalan Hassan, Kampung Sungai Udang, Klang. Walaupun dirinya kurang sempurna dan dimamah usia, Mak Cik Hendon mampu melakukan perkara yang tidak mampu dilakukan oleh orang lain.

Kisah wanita gigih yang berusia 75 tahun ini mendapat perhatian penyampai Sinar FM seperti Abby Fana, Kak Engku, Sallih Yaacob dan Krill. Paling teruja, apabila hasrat wanita yang semakin dimamah usia ini menjadi realiti. Beliau kelihatan sungguh ceria kerana niatnya untuk bertemu dengan penyampai dari stesen radio kegemarannya Sinar FM menjadi kenyataan.

Penyampai Sinar fm, Abby Fana berpeluang untuk melihat sendiri dengan lebih dekat kehidupan Mak Cik Hendon dan perniagaan yang dijalankannya.  Mak Cik Hendon menyatakan tujuannya meniaga adalah untuk menyara kehidupan diri dan tidak mahu mengemis serta menagih simpati orang ramai dengan menjadikan kekurangan diri sebagai alasan untuknya tidak berusaha. Selagi Tuhan mengurniakan kesihatan yang baik terhadap dirinya, Mak Cik Hendon tidak mahu menyusahkan sesiapa pun termasuklah anak-anaknya.
“Pendapatan saya dekat sinilah. Nak harapkan anak, dia pun banyak komitmen lain”– ujar Mak Cik Hendon.

Trio Sinar Pagi, Salih Yaacob, Raja Azura dan Krill Rashid turut serta dalam misi ini dan membawakan bekalan makanan ringan supaya boleh dijual oleh Mak Cik Hendon.   Semoga bantuan yang diberikan oleh pihak Sinar Fm sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban dan menyinari hidup Mak Cik Hendon. Kenalilah kesusahan dan bantulah mereka yang kurang berkemampuan. Pastinya di situ ada kebahagian bagi kita apabila melihat orang yang sentiasa berduka ini tersenyum kegembiraan.

Sumber dari Sajakongsi 




0 Komentar untuk " Kisah Ketabahan Mak Cik Hendon Ini Akan Buatkan Air Mata Anda Menitis "

Back To Top