Mohon Aktifkan Javascript!Enable JavaScript

HTML/JavaScript

Jep Sepahtu Akui Sudah Ada Kekasih: Belum Mahu Kahwin

Meskipun sudah mencapai umur 30 tahun, Jep Sepahtu tidak merasa tertekan apabila melihat beberapa rakan beliau sudah berkahwin dan mempunyai keluarga masing-masing.

Buat masa ini Jep menjelaskan beliau masih belum bersedia untuk berkahwin dan ingin mengutamakan ibu bapa serta kariernya dahulu.
Kawan-kawan sekeliling memang kebanyakkan sudah berkahwin dan mempunyai anak tetapi itu tidak membuatkan saya tertekan untuk segera menamatkan zaman bujang. Buat masa ini saya ingin beri perhatian kepada keluarga terlebih dahulu dan Insya-Allah selepas semuanya stabil baharu saya akan berkahwin.
Umum mengetahui bahawa beliau kini sedang rapat denga seorang pelakon wanita, malah  Jep tidak menafikan beliau kini sudah mempunyai teman wanita namun tidak mahu terlalu terbuka mengenai perkara itu kerana bimbang akan disalah anggap oleh sesetengah pihak.
Walubagaimanapun, beliau merasa syukur kerana teman wanitanya itu memahami dirinya dan tidak memaksa beliau untuk berkahwin.

Saya ada tanggungjawab dan begitu juga dia. Soal jodoh kami pun tidak berani cakap kerana itu semua kerja Tuhan.
Kata orang kalau sudah ditakdirkan bersama dan ada jodoh, pasti akan ada satu saat dimana mereka akan terdetik dalam hati untuk berkahwin. Walaupun kadang-kadang sebenarnya ia tidak dirancang, tup-tup jadi. Tapi elok juga untuk bersedia dari segi mental dan fizikal untuk memikul tanggungjawab selepas berkahwin, itu yang penting sebenarnya.

sumber : beautifulnara
0 Komentar untuk " Jep Sepahtu Akui Sudah Ada Kekasih: Belum Mahu Kahwin "

Back To Top