Mohon Aktifkan Javascript!Enable JavaScript

HTML/JavaScript

Inilah Sebabnya Kenapa Kita Dilarang 'Update' Lokasi Percutian Di Laman Sosial

  • Keinginan pasangan suami isteri ini berkongsi keindahan percutian mereka dengan pengikut Instagram bertukar menjadi kejadian yang merugikan

  • Jessica Michibata, isteri kepada pelumba F1 Jenson Button telah memuat naik gambarnya yang sedang memakai cincin pertunangan berharga USD 388,000 (RM1.5 juta) ke laman Instagram

  • Tidak lama kemudian dilaporkan villa percutian suami isteri ini telah dipecah masuk dan cincin pertunangan itu telah dilarikan

    • Modus operandi yang digunakan oleh perompak adalah melepaskan gas di villa percutian mereka yang terletak di selatan Perancis itu, sebelum merompak mangsa. Gas itu mungkin menyebabkan mangsa tidur lena dan tidak sedar yang diri mereka dirompak.
      says.com
  • Atas dasar ingin tahu, penulis portal The Next Web News, Amanda Connoly telah melihat profil Instagram Jessica Michibata. Kemudian beliau menemui punca kejadian.

      • D721 Image via thenextweb.com
        Fungsi geo tagging yang boleh dilihat di Instagram Jessica.
    • Dari situ dia dapati yang gambar cincin pertunangan Jessica itu telah dipinkan di photomap, yang menunjukkan lokasi villa percutian mereka. Pada pendapat Amanda, ini adalah suatu kesilapan besar yang telah menyumbang kepada kehilangan cincin pertunangan yang mahal itu.

      Perompak di zaman moden semakin pintar dan tahu menggunakan laman sosial, jadi tindakan Jessica memuat naik gambar seolah-olah memberi mereka peluang dan memudahkan perompak untuk buat kerja.

      Amanda juga mendapati Jenson Button sebaliknya tidak linkkan sebarang gambar beliau ke photomap.

      Mungkin kejadian yang berlaku adalah kebetulan tetapi ada kemungkinan ia dapat dielakkan sekiranya Jessica lebih berhati-hati apabila memuat naik sebarang gambar atau info ke laman sosial, apatah lagi mereka memang dikenali umum sebagai pasangan yang kaya.
      says.com
  • Menurut portal digitaltrends.com, memang sangat mudah bagi penjenayah untuk mengetahui lokasi anda jika anda menggunakan fungsi geotagging yang terdapat dalam telefon pintar

    • Gambar yang disimpan dalam bentuk file .JPEG mempunyai data EXIF iaitu data tentang lokasi, jarak malahan nama tempat samada restoran dan kedai. Geotagging mempunyai ketepatan sehingga 15 kaki.

      Dengan meletakkan gambar di dalam geolocation, ia membolehkan sesiapa yang mempunyai perisian tracking untuk mengenal pasti lokasi anda dan membuat hubung kait antara maklumat lokasi tersebut dengan maklumat-maklumat lain yang telah anda muat naik ke laman sosial.

      Jenayah seperti rompakan dan penculikan boleh berlaku disebabkan oleh perkara remeh ini.

      Contohnya pada tahun 2010, lebih 18 buah rumah di sebuah bandar di Amerika dirompak setelah perompak membuat pemerhatian tentang pergerakan penduduk kawasan itu secara online, mengakibatkan mereka kerugian lebih USD100,000 (RM400,000).
      digitaltrends.com
  • Memang tak salah jika ingin berkongsi gambar percutian di laman sosial, cuma elakkan meletakkan maklumat peribadi yang keterlaluan seperti nombor rumah atau lokasi

    • Jika anda telah mengaktifkan fungsi geo-tagging di laman sosial, masih belum terlambat untuk anda disable fungsi tersebut. Langkah-langkahnya:
      says.com
  • Jadi selepas ini, tak salah kalau nak kongsi gambar percutian di laman sosial cuma ingat, jangan sekali-kali kita biarkan fungsi geotagging ini menjejaskan keselamatan kita semasa bercuti.

      •  
        sumber :says.com
0 Komentar untuk " Inilah Sebabnya Kenapa Kita Dilarang 'Update' Lokasi Percutian Di Laman Sosial "

Back To Top