Mohon Aktifkan Javascript!Enable JavaScript

HTML/JavaScript

Ini lagu khas Ayda Jebat kepada pengkritiknya - Viral-X



Gelaran gedik dan juga mengada-ngada merupakan antara perkara yang kelihatan sinonim dengan dengan Ayda Jebat sebaik namanya semakin meningkat di dalam industri seni tanah air baru-baru ini lebih-lebih lagi di kalangan pengkritik dan juga haters.

Cuba menjawab segala gelaran dan dakwaan terhadapnya, pelakon tersebut cuba menzahirkan perkara sebenar melalui lagu baru mengenai dirinya yang sebenar.
“Lagu ini bukan sekadar untuk fun, tetapi mengandungi mesej penting buat semua haters. Saya turut beri idea dari segi penghasilan lirik berdasarkan kekecohan yang sering ditimbulkan oleh haters di laman sosial”

“Semua haters patut dengar lagu ini, agar mereka mengerti perasaan semua selebriti yang mereka hentam dan kecam. Bagi saya, ini juga adalah lagu tentang pengajaran supaya kita tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan bahasa kesat di laman sosial”
“Buat haters, janganlah tuding jari menuduh saya seorang yang gedik dan mengada-ada. Kalau mahu beri nasihat, ada cara yang lebih baik daripada memuat naik tulisan negatif,” kata Ayda kepada Mangga Online

sumber : Rotikaya
0 Komentar untuk " Ini lagu khas Ayda Jebat kepada pengkritiknya - Viral-X "

Back To Top