Gagal hadir ke mahkamah semalam, suami kepada Linda Rafar, Syed Aiman menjelaskan perkara sebenar yang berlaku di antara dia dan isteri sehingga tersebar kisah mengenai rumah tangga meraka di laman sosial.
“Saya tidak akan ke mahkamah sebab saya tidak pernah lafazkan cerai. Apa juga tanggapan orang di luar sana, saya yakin saya masih waras. Memang tidak dinafikan kami bergaduh, tetapi tidaklah sampai saya buat begitu”
“Saya rasa ini mungkin akibat pembawaan budak. Melihat apa kenyataan yang dikeluarkan Linda memang saya terkejut. Saya fikir dia memang tidak sedar apa yang dia lakukan sehingga menimbulkan kekecohan seperti ini”
“Jujurnya saya masih sayangkan dia dan keluarga kami. Tentunya saya harap perkara ini akan segera selesai,” jelasnya kepada Utusan Online mengenai situasi mereka ketika ini. Syed dan juga Linda telah telah berkahwin pada 2 Disember 2006.
Semoga hubungan pasangan ini akan kembali pulih malah melalui tinjauan kami, rata-rata peminat Linda Rafar turut mendoakan yang terbaik untuk selebriti kesayangan mereka ini. Mudah-mudahan semuanya beransur pulih
sumber : Rotikaya
0 Komentar untuk " Enggan Hadir Mahkamah, Syed Aiman Mahu Betulkan Keadaan "