Mohon Aktifkan Javascript!Enable JavaScript

HTML/JavaScript

Didakwa besmesra dalam kapal terbang dengan Iqram Dinzly? Ini jawapan Uqasha Senrose

Uqasha Senrose, nampaknya nama ini tidak habis-habis terpalit dengan pelbagai kontroversi. Jika sebelum ini beliau dikatakan sudah buka tudung dan berhibur di kelab malam, kini timbul pula gosip baru yang mendakwa beliau dan aktor Iqram Dinzly bermesra secara melampau di dalam kapal terbang ketika dalam perjalanan daripada Kuching menuju ke Kuala Lumpur.
Walaubagaimanapun, Uqasha yang mengakui berada di Kuching baru-baru ini menafikan sekerasnya perkara tersebut dan menganggap berita ini sebagai satu fitnah terhadap dirinya dan Iqram.



Mustahillah kami mahu buat benda tidak elok, malah Iqram bukan budak-budak dia sudah lebih dewasa dalam hal ini. Saya anggap ini satu lagi fitnah, masalahnya kenapa tidak sudah-sudah.
Agak berat juga tuduhan terhadap Uqasha Senrose dan Iqram Dinzly kali ini. Sebab itulah orang tua-tua ada cakap kalau berkawan itu biar ada batasnya supaya tidak timbul fitnah. Namun, semua terpulang pada mereka.  Doakan sahaja mereka ada jodoh bersama.

Sumber : BeautifulNara
0 Komentar untuk " Didakwa besmesra dalam kapal terbang dengan Iqram Dinzly? Ini jawapan Uqasha Senrose "

Back To Top