Mohon Aktifkan Javascript!Enable JavaScript

HTML/JavaScript

DAVID BECKHAM JADI JAMES BOND?



Nampaknya semakin ramai ahli sukan terutamanya pemain bola sepak yang kini beralih arah untuk menjadi pelakon termasuklah David Beckham.

Khabarnya, David Beckham kini sedang memikirkan untuk menerima tawaran sebagai James Bond dalam francais filem itu akan datang. Menurut The Daily Star, David Beckham bakal menggantikan Daniel Craig berikutan kejayaan kariernya daripada sukan ke fesyen dan model.
“ Saya sedar bahawa ramai ahli sukan dan selebriti lain telah berpaling arah kea rah lakonan dan gagal,” katanya.

“Tetapi saya suka apa yang saya lakukan setakat ini.”
“Saya senang untuk lakukan lebih banyak watak cuma tak boleh terlalu terus ke peranan yang lebih besar untuk saya. Saya mahu mencari pengalaman saya dan melihat ke mana bidang ini akan bawa saya.”

Walaubagaimanapun, Craig masih mengikat kontrak untuk filem kelima namun penerbit Bond, Barbara Broccoli dan Michael G. Wilson tidak mampu berbuat apa jika Craig masih ingin meninggalkan filem ini.

sumber : Sajkongsi
0 Komentar untuk " DAVID BECKHAM JADI JAMES BOND? "

Back To Top