Mohon Aktifkan Javascript!Enable JavaScript

HTML/JavaScript

Dah langgar orang sampai mati, lepak pulak minum kedai?



Selangor - Viral di media sosial beberapa video yang memaparkan satu kekecohan yang berlaku di sebuah restoran di Kampung Asam Jawa, Selangor.

Setakat ini belum pasti apa punca sebenar kejadian, tetapi menurut beberapa komen dari pengguna media sosial kejadian mempunyai kaitan dengan satu kemalangan yang melibatkan seorang penunggang motosikal dan sebuah MPV.

Penunggang motosikal tersebut dilaporkan maut.

Maklumat awal yang diterima berkenaan kes (oleh Adzman Kamaruddin)

Kejadian tercetus apabila pada jam lebih kurang  11/09/2015  jam 2030 hrs bertempat di Hadapan jalan besar Kuala Selangor  Assam Jawa berhadapan dengan  restoran makanan laut Yong Kee , seorang wanita melayu nama : Norjunaidah Bte sahak Kpt yang memandu sebuah m/sikal  jenis Yamaha LC No  telah terlibat kemalangan menyebabkan mangsa penunggang m/sikal mati di tempat kejadian akibat cuba mengelak m/kar jenis Toyota Wish Silver no pendaftaran xxx xxxx yang dipandu oleh (1) (L) (c) bernama Justin Lim Keng  Joo Dato Tmn Bendahara Kuala Sgor  ( mangsa)  dari arah bertentanggan yang mahu melintas jalan dan menyebabkan mangsa hilang kawalan dan melanggar tembok simpang jalan. Mangsa kemudian telah member hentikan kereta.  Beberapa pengguna jalan raya dan penduduk berhampiran mula berkumpul  orang. Beberapa lelaki Melayu yang tidak puas hati dengan mangsa yang tanpa mengetahui punca sebenar kemalangan mula bertindak memukul mangsa dan cuba dileraikan oleh  kalangan yg turut berada ditempat kejadian. Situadi menjafi lebih kecoh dengan kehadiran lk 200 orang ditempat jejafian

Sejurus menerima laporan dari DCC, 2 anggota  MPV  KS telah berkejar ke tempat kejadian dan bertindak mengawal keadaan dan  menyelamatkan mangsa dari terus dipukul  oleh sekumpulan lelaki Melayu. Dalam kekevohan itu 2 anggota MPV turut cedera ringan di bibir dan calar di muka sebelum mangsa berjaya dimasukkan ke dalam kereta peronda.   pengadu yang cuba meredakan keadaan  turut  di pukul oleh sekumpulan lelaki melayu yang kemudian telah bertindak memecahkan cermin kereta milik mangsa. Keadaan berjaya di kawal dengan kehadiran  2 unit MPV dan  anggota bantuan  lainnya  Orang ramai yang berada di tempat kejadian telah di suraikan,  Satu laporan polis telah dibuat oleh pengadu bersangkut Kuala Selangor Repot: 4646/15 bertarikh  11.9.15

Susulan kejadian, dua video kekecohan yang timbul di restoran terbabit telah dimuat naik oleh laman Facebook Kuala Selangor Official.

Menurut komen dari pengguna media sosial Khumaizi Aspani, individu terbabit bukan sahaja tidak menolong mangsa malah pergi makan ke kedai seafood.

Setakat ini masih lagi belum ada laporan rasmi tentang kejadian. - Siakapkeli.my
0 Komentar untuk " Dah langgar orang sampai mati, lepak pulak minum kedai? "

Back To Top