Mohon Aktifkan Javascript!Enable JavaScript

HTML/JavaScript

BINAAN PALING KREATIF DI DUNIA

1. The Basket Building ( US)
 
Binaan berbentuk bakul ini adalah ilham daripada Dave Longaberger. Pada mulanya ilham ini tersebar ke pengetahuan orang ramai,ramai yang berfikir bahawa dave cuma mahu bergurau. Tetapi akhirnya impiannya tercapai pada 17 Disember 1977 apabila pejabat berbentuk bakul ini sudah boleh digunakan.

2. The Dancing Building

Binaan yang terletak di Republik Czech ini sangat menarik. Ia dibina oleh seorang arkitek berbangsa Crotia tapi lahir di Czech iaitu Vlado Milunic .Pembinaan bermula pada 1994 dan siap pada tahun 1996.

3. The Piano House (China)

Binaan berbentuk piano dan violin ini  ini merupakan sebuah rumah yang dibina di daerah An Hui ,China.Binaanya melambangkan betapa tingginya kemajuan dan kepelbagaian dalam senibina. Di bahagian yang berbentuk violin pula terletaknya tangga eskalator.

4. Kansas City Library (US)
 

Binaan yang sangat betepatan dengan fungsi banggunan perpustakaan. Judul2 buku yang terpapar pada binaan itu merupakan buku-buku yang popular di kalangan masyarakat .
5 The Robot Building (Thailand)
Memang kelihatan seperti robot.Banggunan yang terletak di daerah Sathorn Thailand ini adalah hasil binaan untuk Bank Asia melalui Sumet Jumsai bagi menggambarkan kemodenan dan menunjukkan sistem perbankan berkomputer.Banggunan ini siap dibina pada 1986.

6. The Blue Building (Netherland)



Begitu birunya banggunan ini tanpa diganggu oleh warna lain.Kerana itulah ia digelar Blue Building. Asalnya, ia adalah blok perumahan yang mana merupakan kawasan yang paling sukar dilihat di kawasan tersebut. Jadi,penduduk di sana bersepakat untuk mengecat blok itu.Akhirnya blok mereka telah bertukar menjadi biru dan merupakan banggunan yang paling mudah dilihat serta menjadi tarikan pelancong ke sini.

7. The Astra House (German)
Banggunan yang pelik ini terletak di Hamburg Jerman. Lantainya boleh bergerak ke atas dan ke bawah menggunakan column yang boleh menyebabkan pergerakan.Tetapi,banggunan ini telahpun dimusnahkan.Salah satu dari arak yang popular telah dibeli oleh satu syarikat yang mana arak itu dipanggil Astra.
 
8.   The Crooked House (Poland)

Betul ke tak ni?Banggunan ini nampak seperti bergelombang .Arkitek yang terlibat membina banggunan ini iaitu Szotynscy Zaleski berkata banggunan ini diinspirasikan oleh kisah dongeng mengenai Jan Marcin Szancer dan lukisannya tentang pelukis2 sweden dan resident Per Dahlberg.

0 Komentar untuk " BINAAN PALING KREATIF DI DUNIA "

Back To Top