Pada tahun 1965, Apasra Hongsakula
mewakili Thailand dalam pertandingan Miss Universe. Beliau adalah wanita
pertama dari negaranya yang memenangi gelaran itu. Dan beliau juga
mungkin boleh mengulangi kejayaan itu pada hari ini.
Menurut perkongsian dari sebuah blog,
Foto terbaru menunjukkan Apasra Hongsakula hanya ‘berubah’ sedikit
walaupun beberapa dekad berlalu. Pada usia 67, beliau masih kelihatan
muda dan jelita seperti langsung tidak dimamah usia.
Wanita pertama dari Thailand yang memenangi pertandingan Miss Universe.
Terdapat juga khabar angin mengatakan beliau pernah menjalani pembedahan
plastik. Walau bagaimanapun, jurucakap beliau menafikan khabar angin
tersebut dan mengatakan hanya satu perubahan yang dilakukan terhadap
diri beliau iaitu meluruskan rambutnya yang berombak.
Pada masa kini Apasra Hongsakula menjalankan perniagaan spa. Sudah pasti
beliau dapat membantu pelangganya untuk jadi cantik seperti beliau.
sumber : Penpatah
0 Komentar untuk " Bekas Ratu Cantik Thailand Masih Muda Dan Jelita Pada Usia 67 Tahun "