Mohon Aktifkan Javascript!Enable JavaScript

HTML/JavaScript

Akibat Trauma, Kanak-Kanak Syria Angkat Tangan 'Serah Diri' Walaupun Yang 'Diacukan' Adalah Kamera



Trauma yang sungguh kuat, itulah yang boleh dikatakan apa yang dihadapi oleh kanak-kanak Syria sekarang disebalik kekejaman rejim Syiah rejim bashar al assad.

Kebanyakkan mereka tertekan dengan peperangan yang berlaku dan ramai rakyat Syria melarikan diri menjadi pelarian.

Jika baru-baru ini dunia digemparkan dengan kejutan gambar kanak-kanak pelarian Syria yang meninggal di laut Turki kerana karam di mana ia membuka mata dunia tentang masalah ini.

Tahukah anda bahawa kanak-kanak di Syria begitu trauma dengan keganasan yang berlaku di sana?

Kira-kira bulan Mac lalu, sekumpulan media telah pergi ke negara berkenaan untuk membuat liputan mengenai keadaan di sana.

Apabila sampai di sebuah perkampungan kecil di pedalaman Syria yang musnah akibat sengketa perang saudara sejak 2011 lalu dan terlihat seorang kanak-kanak Syria dan cuba mengambil gambarnya.

Apa yang mengejutkan apabila lensa kamera 'diacukan' kearahnya, dia mengangkat tangan tanda menyerah diri sambil berkata "jangan tambak saya". Kejadian itu meruntunkan hati para wartawan, betapa truamanya kanak-kanak itu seolah-olah sudah biasa pistol atau senjata api diacukan kearahnya sebelum ini.

Pada kapsyen foto itu, jurugambar yang tidak didedahkan namanya menulis: “Syrian girl thought the photojournalist was holding a weapon, so she ‘surrendered’.”

"Seorang budak perempuan Syria yang menyangka si jurufoto sedang memegang selaras senjata, maka dia pun terus menyerahkan dirinya," tulisnya sebagai kapsyen.

Apa yang terjadi di negara berkenaa ternyata memberi tekanan emosi yang amat besar kepada rakyat Syria terutamanya emosi kanak-kanak.

Dianggarkan kira-kira 200,000 penduduk Syria terbunuh dalam konflik berdarah di negara Arab itu, manakala jutaan lagi menjadi pelarian di Turki dan Jordan. – Siakapkeli.my
0 Komentar untuk " Akibat Trauma, Kanak-Kanak Syria Angkat Tangan 'Serah Diri' Walaupun Yang 'Diacukan' Adalah Kamera "

Back To Top