TABUNG Kewangan Antarabangsa (IMF) adalah
sebuah organisasi antarabangsa yang menyelia sistem kewangan dunia
mengikut polisi makroekonomi sesebuah negara.
IMF mengambil kira kadar pertukaran asing dan imbangan pembayaran
sesebuah negara semasa menentukan keluaran dalam negara kasar (KDNK).
Kadar kekayaan sesebuah negara itu boleh diukur menerusi KDNK yang merangkumi pendekatan produk, pendapatan dan perbelanjaan.
Berdasarkan data perbandingan populasi yang diperoleh daripada IMF pada
15 Jun 2015, ketahui 10 negara yang dianggap paling kaya di dunia.
10 – Hong Kong
Semenjak tahun 70-an, Hong Kong beransur menjadi penghubung kepada dunia
dan negara China. Selama beberapa dekad, negara yang mempunyai populasi
7 juta orang ini berkembang menjadi pusat dagangan paling popular di
dunia. Cukai yang rendah dan sistem perdagangan bebas menjadikan Hong
Kong masyhur sebagai hab perdagangan utama global serta pusat kewangan
paling penting selepas New York dan London.
9 – Switzerland
Laporan Daya Saing Global (GCR) menyatakan Switzerland sebagai yang
negara yang paling berdaya saing di dunia. Sebahagian besar ekonomi
negara yang ditubuhkan pada tahun 1300 ini dipacu oleh industri
berkaitan bahan kimia, farmaseutikal dan kesihatan, mesin dan lain-lain.
Selain itu, pelbagai jenama bertaraf dunia berasal dari Switzerland
seperti Nestlé, Swatch, Adecco, Zurich Financial Services, Credit Suisse
dan lain-lain.
8 – San Marino
Negara Eropah ini kurang mendapat perhatian dunia. Terpencil dikelilingi
Itali, struktur ekonomi San Marino sebahagian besar bergantung pada
sektor kewangan, perindustrian, perkhidmatan dan pelancongan. San Marino
mempunyai keadaan ekonomi yang sangat stabil dan kadar pengangguran
antara terendah di benua Eropah. Satu-satunya negara di dunia di mana
jumlah kenderaan melebihi penduduk.
7 – Emiriah Arab Bersatu
Emiriah Arab Bersatu (UAE) adalah sebuah negara persekutuan merangkumi
tujuh emiriah iaitu Abu Dhabi, Ajman, Dubai, Fujairah, Ras al-Khaimah,
Sharjah dan Umm al-Quwain. Presiden pertama UAE, Sheikh Zayed menyelia
pembangunan negara lantas memacu hasil minyak untuk penjagaan kesihatan,
pendidikan dan infrastruktur.
Petroleum dan gas asli menyumbang kepada kekayaan UAE. Simpanan petrol
dan gas aslinya masing-masing adalah yang ketujuh dan ke-17 terbesar di
dunia.
6 – Norway
Norway merupakan salah sebuah negara dengan kerajaan tertua di dunia. Ia
ditubuhkan sekitar 1,100 tahun lalu dan sehingga kini mengekalkan
pemerintahan monarki. Norway kaya dengan bekalan petroleum, gas asli,
mineral, kayu balak, makanan laut, air tawar dan kuasa hidro. Industri
petroleum sahaja menyumbang sekitar satu perempat daripada keluaran
dalam kasar negara.
5 – Kuwait
Meskipun mempunyai jumlah penduduk seramai 4.1 juta, hanya 1.2 juta
adalah warga Kuwait manakala 2.8 juta yang lainnya adalah ekspatriat.
Bank Dunia mengiktiraf Kuwait sebagai sebuah negara dengan ekonomi yang
berpendapatan tinggi. Petroleum sahaja menyumbang hampir separuh dari
keluaran dalam negara kasar. Petroleum dan baja merupakan dua sektor
utama yang memonopoli ekonomi Kuwait. Mata wangnya, iaitu Dinar adalah
unit mata wang dengan nilai paling tinggi di dunia.
4 – Brunei
Pertumbuhan ekonomi sekitar tahun 1990-an hingga 2000, membawa perubahan
kepada Brunei sehingga menjadi sebuah negara perindustrian. Purata
peningkatannya adalah 56 peratus bagi tahun 1999 hingga 2008 sahaja.
Sektor petroleum dan gas asli menjana kekayaan negara yang mencapai
kemerdekaan dari United Kingdom pada 1 Januari 1984 ini. IMF turut
menyatakan bahawa hutang Brunei berada di kadar kosong peratus daripada
KDNK negaranya.
3 – Singapura
Selain menjadi salah satu hab perdagangan utama dunia, Singapura
merupakan pusat kewangan keempat terbesar dan salah satu daripada dua
pelabuhan kontena paling sibuk di dunia. Ekonomi global Singapura yang
pelbagai tertumpu pada sektor perdagangan, terutamanya perkilangan yang
menyumbang kira-kira 30 peratus daripada KDNK Singapura. Negara yang
terletak di selatan Semenanjung Malaysia ini juga menduduki kedudukan
yang tinggi bagi taraf hidup, pendidikan, penjagaan kesihatan serta daya
saing ekonomi.
2 – Luxembourg
Walaupun dilihat sebagai sebuah negara yang kecil dan dilitupi hutan
Ardennes yang padat, ekonomi maju Luxembourg berjaya meletakkan negara
Eropah ini di tangga kedua terkaya di dunia.
Ekonomi stabil dan berpendapatan tinggi Luxembourg didominasi oleh
perindustrian besi sehingga 1960-an. Sejak beberapa dekad lalu, sektor
kewangan mula mengambil alih sehingga menjadikan Luxembourg pusat
pelaburan kedua terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat.
1 – Qatar
Negara yang terletak di semenanjung Arab ini muncul sebagai negara
terkaya dengan hasil keluaran dalam negara kasar tertinggi di dunia.
Penduduk Qatar tidak perlu membayar cukai pendapatan kerana taraf
kehidupan yang tinggi. Negara berpendapatan tinggi ini mempunyai ekonomi
yang maju disokong oleh simpanan gas asli ketiga terbesar di dunia.
Selain itu simpanan minyaknya melebihi 25 bilion tong. Pada tahun 2012
sahaja, simpanan minyak Qatar menyumbang lebih 13 peratus daripada
sumber keperluan global.
Sumber: AstroAwani
0 Komentar untuk " [WAJIB TENGOK] 10 Negara Paling Kaya Di Dunia Menurut Data IMF "