Mohon Aktifkan Javascript!Enable JavaScript

HTML/JavaScript

[ WAJIB BACA] 7 Perkara Dalam Filem P Ramlee Yang Tidak Diketahui

7 Perkara Dalam Filem P Ramlee Yang Tidak Diketahui Umum
 
 
 Rasanya hampir setiap orang pernah menonton filem P Ramlee, filem yang banyak memberi pengajaran, nilai – nilai kemanusiaan, kritikan serta sindiran dan lawaknya masih segar di ingatan walaupun filem tersebut sudah agak lama penerbitannya. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa perkara dalam filem P Ramlee yang merujuk kepada sindiran atau kritikan tajam yang diolah mengikut peredaran masa.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
7 Perkara Dalam Filem P Ramlee Yang Tidak Diketahui Umum

1. Filem Ali Baba Bujang Lapok

Dalam kisah Ali Baba Bujang Lapok, Sewaktu orang kaya menyuruh ketua penyamun merompak beliau, demikian adalah dialognya:
Orang kaya: Aku orang kaya. Aku mahu minta tolong dengan engkau. Boleh tidak engkau rompak aku punya rumah?
Ketua penyamun: Why? Apa pasal engkau suruh aku rompak engkau punya rumah?
Orang kaya: sebab aku mahu lari dari “bayar hutang”…
Kalau perasan, orang kaya tersebut, menyebut bayar hutang, tetapi dialog asalnya adalah “lari dari income tax“. Cuba tengok betul-betul gerak mulut nya. Begitu la orang kaya (tak semua). Sanggup bersekongkol dengan penjenayah untuk tak nak membayar cukai (untuk pembangunan Negara) atau membantu orang miskin asalkan tak perlu membayar cukai..

2. Filem Ali Baba Bujang Lapok

scene di pasar raya (ada yang dah kena delete)
Penjual 1: ganja, ganja
Penjual 2: Candu, candu
Marjina: saya mahu beli belacan
Penjual 3: Shhh. jangan cakap kuat-kuat, nanti polis tangkap sama saya.
Marjina: Jual belacan pun polis tangkap?
Penjual 3: Ya cik siti. Jual candu ada lesen. Jual ganja ada lesen. Jual belacan tak ada lesen. Saya smuggle dari Malaya.

3. Filem Laksamana Do Re Mi

Part di mana puteri dah diselamatkan. Mi masuk ke dalam bilik tuan puteri:
Mi: Tuan puteri. ada sabun tak?
Tuan puteri: Nak buat apa tengah-tengah malam sabun?
Mi: er.. err… (tengok gerakan tangan dia. Hanya lelaki je faham hehehe)

4. Filem Musang Berjanggut

(scene Pusapawangi dan Tok kadi)
Pusawangi: Kanda, bolehkah adinda bertanya tentang undang-undang negeri di sini?
Tok Kadi: Boleh apa salahnya. Undang-undang apa dinda?
Puspawangi: salah atau tidak jikalau seseoang lelaki masuk ke rumah seorang perempuan di kala suaminya tiada di rumah
Tok kadi: Itu salah besar salah besar.
Puspawangi: Kalau macam tu, kanda ni pun salahlah
Tok Kadi: salah jugak la. Tapi itu tak jadi apa. Sebab undang-undang dalam negeri kanda yang bikin… ITU SEMUA BOLEH PADAM…
Begitulah kritikan P Ramlee terhadap pentadbiran negara. Undang-undang mereka tulis dan padam sesuka hati mengikut hawa nafsu mereka

5. Filem Musang Berjanggut.

P Ramlee merujuk anak-anak pembesar sebagai “betina” dan bukan “perempuan”. Pencarian isterinya bukan sekadar pangkat, kedudukan dan paras rupa, tetapi kebijaksanaan seorang wanita membawa dirinya.
Kerana Pemilihan isteri yang teliti menjamin kebahagiaan dan kesejahteraan Perkahwinan Tun Nila Utama

6. Filem Nujum Pak Belalang

(bila badan dan nyawa di jumpai dalam gua)
Pak Belalang: Hai la badan.. matilah kau badan. Esok pagi akan bercerailah badan dengan nyawa. Hai la nyawa.. Esok pagi sultan akan menjatuhkan hukuman pancung..
Ramai merujuk cerita ini kepada Barisan Nasional kerana (Badan) (B) dan Nyawa (N). Tetapi sebenarnya tidak tepat. Ini kerana filem ini diterbitkan pada tahun 1959 sedangkan (masa itu BN dikenali sebagai parti perikatan atau Alliance front) sedangkan Barisan Nasional hanya di tubuhkan pada tahun 1969 dan didaftar pada 1974 secara rasmi.

7. Filem Pendekar Bujang Lapok.

Ini banyak yang disebut oleh orang ramai apabila Sudin menyebut Alif, mim, Nun Waw (UMNO)
Ramli: eh sudin.. ini apa bacanya
Sudin: Alif mim nun Waw… Alif tendang Waw sarkis daaaa..
Kisah ini benar dan di sebut oleh Aziz sendiri dalam temuramah di youtube mengenai UMNO. Sememangnya, P Ramlee sengaja merujuk UMNO sebagai parti sarkis.
Banyak lagi boleh di kongsi. Itu dalam penulisan lain. Ada yang kebetulan. Tetapi ada yang memang di sengajakan. Tetapi walaubagaimanapun setiap yang berlaku mungkin secara kebetulan atau sebaliknya. Wallahua’lam
Artikel ini disiarkan Iswardy Morni di dinding Facebook milik beliau.
Sekarang, anda boleh lihat cerita P Ramlee, dengan cara berbeza.
 
Sumber :PenPatah
0 Komentar untuk " [ WAJIB BACA] 7 Perkara Dalam Filem P Ramlee Yang Tidak Diketahui "

Back To Top