Pada asalnya wanita yang dikenali sebagai
Kak Lina ini hanya bekerja makan gaji tetapi mengambil keputusan berani
hanya menjual nasi lemak ditepi jalan.
Seorang wanita yang tinggal berdekatan dengan tempat perniagaan Kak Lina
ini berkongsi kisah bagaimana dia boleh menjana pendapat sehingga
RM3500 sebulan! Alahai, yang peliknya ia bukan masakan daripada air
tangan Kak Lina sendiri.
Nak tahu macam mana? Jom kita ikuti kisah ini.
Hanya Bekerja 5 Jam Sehari
KISAH KAK LINA.
Berpendapatan RM3500 sebulan tanpa masak nasi lemak! Hanya bekerja 5 jam sehari.
Kak lina berniaga nasi lemak di depan rumah saya hampir 5 tahun lalu.
Dia pernah bekerja makan gaji tetapi sekarang dia mengambil keputusan
berani menjual nasi di tepi jalan. Yang bestnya, nasi lemak dan segala
mala lauk yang diniagakan adalah bukan dimasak sendiri.
Rupa rupanya, dia mengambil semua dari kakaknya yang mempunyai warung nasi lemak. Kuih muih diambil daripada homebaker.
Siapa kata nak berniaga kena buat sendiri produk ?
Adakah saya buat sendiri semua produk di kedai saya ? Giant, Tesco, dan
Aeon antara syarikat konglomerat yang kaya raya dengan hanya menjual
produk orang lain.
Kita yang baru nak mula bisnes, mula kecil kecil dahulu. Impian biar besar. Nanti bisnes kita akan besar macam impian kita.
Puan guru pesan, kajian psikologi ke atas mereka yang berjaya adalah mereka yang memang kuat berangan dan kuat berusaha.
Amazing Ayu Food memang mempunyai hala tuju untuk memasarkan produk
produk usahawan dari seluruh negeri untuk pasaran di Lembah Klang dalam
pelan jangka pendek.
Dalam pelan jangka panjang mestilah ke peringkat global. Itulah salah
satu sebab anak anak dimasukkan ke sekolah cina. Teringat kata kata
orang lama, tuntutlah ilmu sampai ke negara China.\
sumber :Penpatah
0 Komentar untuk " Kisah Kak Lina Peniaga Nasi Lemak Tepi Jalan Jana Pendapatan RM3500 Sebulan "