Sempena ulang tahun memperingati peristiwa pengeboman bom atom di
Hiroshima dan Nagasaki ke-70, 10 fakta penting yang anda perlu tahu
mengenai serangan tersebut.
PERISTIWA pengeboman Hiroshima dan Nagasaki di Jepun 70 tahun lalu masih
terpahat di ingatan ramai, terutama kalangan mereka yang turut terkesan
dan terpalit dalam kerakusan manusia mengejar kuasa.
Malah peristiwa itu membawa pengajaran hebat tentang keburukan
penggunaan senjata pemusnah besar-besaran untuk tujuan peperangan.
Peristiwa pengeboman Hiroshima dan Nagasaki merupakan antara peristiwa
bersejarah menghayat hati yang kita pernah pelajari ketika zaman
sekolah.
Pengeboman dua bandar itu menggunakan bom atom merupakan serangan yang
dikenakan terhadap Empayar Jepun oleh Amerika Syarikat di bawah pimpinan
Presiden Harry S. Truman ketika Perang Dunia II.
Menurut beberapa laporan, senjata nuklear Little Boy dijatuhkan di
bandar raya Hiroshima pada 6 Ogos 1945, dan diikuti oleh pengguguran bom
Fat Man di Nagasaki pada 9 Ogos 1945.
Berkongsi artikel yang dimuatnaik dari laman AstroAwani, berikut disenaraikan 10 perkara penting yang anda perlu tahu mengenai serangan bom tersebut.
1. Memetik laporan Damn Interesting, Tentera Udara Amerika Syarikat
menjatuhkan risalah amaran pengeboman kepada rakyat Jepun sebelum
membuat serangan di Hiroshima dan Nagasaki.
2. Menurut laporan Open Demoracy, untuk beberapa dekad, Datuk Bandar
Hiroshima, Tadatoshi Akiba menulis surat bantahan setiap kali ujian
nuklear dijalankan, sebagai rayuan untuk menamatkan penggunaan senjata
nuklear.
3. Sebuah pesawat Amerika Syarikat (AS) B-29 ‘Enola Gay’ menjatuhkan bom
atom bergelar ‘Little Boy’ di Hiroshima dan ‘Fat Man’ di Nagasaki.
Little Boy (Kiri) dan Fat Man (Kanan)
4. Menurut sebuah buku berjudul ‘Hiroshima 1946′, selepas pengeboman
Hiroshima yang pertama di Jepun, seorang mangsa Hiroshima yang
terselamat berangkat ke Nagasaki untuk mengajar orang ramai teknik ‘Duck
and Cover’. Hasilnya, kebanyakan mereka mampu menyelamatkan diri dalam
serangan nuklear di Nagasaki.
5. Pengeboman itu menjadikan bandar Hiroshima mengalami keadaan panas
melampau sehingga mampu mencairkan besi dan merosakkan segalanya.
6. Menurut Wikipedia, pengeboman Hiroshima dianggarkan telah meragut
nyawa kira-kira 70,000 orang akibat kesan serta-merta peletupan itu.
Manakala di Nagasaki, kira-kira 40,000 hingga 75,000 orang terkorban serta-merta.
7. Oleander merupakan bunga rasmi kota Hiroshima kerana ia merupakan
bunga pertama yang mekar selepas letupan bom atom pada tahun 1945.
8. Selepas pengeboman atom Hiroshima, beratus-ratus orang (kebanyakan
mereka tercedera), membuat perjalanan ke Nagasaki. Daripada jumlah ini,
165 terselamat daripada kedua-kedua serangan yang kemudian menceritakan
kisah sebenar peristiwa tersebut.
9. Pada tahun 1945, pengendali radar Jepun mengesan kemasukan beberapa
pesawat kecil AS (salah satu membawa bom atom yang dijatuhkan di
bandaraya Hiroshima dan Nagasaki), tetapi mengambil keputusan untuk
tidak menghalang mereka kerana pesawat kecil itu tidak dilihat sebagai
satu ancaman.
10. Difahamkan, Tokyo mengambil masa kira-kira 3 jam sebelum menyedari Hiroshima telah dibom.
sumber : PenPatah
0 Komentar untuk " [ JOM BACA] 10 Pekara Yang Kita Tidak Tahu Disebalik Pengeboman Hiroshima Dan Nagasaki "