The Haiku Stairs, atau lebih dikenali
sebagai Stairway to Heaven merupakan sebuah anak tangga yang mempunyai
kira – kira 4,000 langkah yang dibina dengan ketinggian 2800 kaki dari
Lembah Haiku hingga ke puncak gunung Pu’u Keahi A Kahoe, Hawaii. Anak
tangga ini pada asalnya dibina daripada kayu dan telah dipasang pada
tahun 1942 bertujuan membolehkan tentera AS memasang kabel radio dari
setiap antena bagi memudahkan komunikasi radio. Kemudian, pada tahun
1950-an, selepas Pangkalan Tentera Laut telah dirobohkan dan diambil
alih oleh Pengawa Pantai Amerika Syarikat.
Walaupun stesen ini ditutup dan tidak membenarkan sebarang aktiviti
pendakian, namun, ramai pendaki malah pejalan kaki yang sanggup
menceroboh kawasan ini bagi melihat dan mendaki anak tangga ini.
0 Komentar untuk " he Haiku Stairs, Anak Tangga Ke Syurga? (7 Gambar) "