Mohon Aktifkan Javascript!Enable JavaScript

HTML/JavaScript

Harga Rumah Kuala Lumpur RM500,000 Ke Bawah Untuk Projek Unit Rumah Baru Tahun 2014 Tiada!

Harga Rumah Kuala Lumpur RM500,000 Ke Bawah Tiada Untuk Projek Unit Rumah Baru Tahun 2014?
harga rumah kuala lumpur 
Negara kita ada 30 juta penduduk di Malaysia. Dan berdasarkan semakan Berita Semasa kepada laporan Unit Perancang Ekonomi EPU menunjukkan rakyat Malaysia yang bekerja antar 15 tahun sehinggalah berumur 64 tahun adalah sejumlah 21 juta.

Sejarah telah pun tercipta dengan sendirinya apabila menunjukkan trends harga rumah Kuala Lumpur KL contohnya telah menunjukkan kenaikan harga yang cukup drastik antara tahun 2011-2013.
Dan sekarang ini trend kenaikan harga terus berlaku tetapi pada kadar momentum yang serdahana dalam pada masa yang sama pembelian rumah sudah mula melihatkan trend menurun.
Jikalau harga rumah di Kuala Lumpur dijual pada harga yang mahal – mahal siapa mahu beli? Bukan semua daripada tenaga kerja di Malaysia mampu beli harga rumah yang dijual RM500,000 dan ke atas.

Hakikatnya hari ini, berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Institut Penyelidikan Khazanah untuk di Kuala Lumpur sahaja tiada waima satu projek pun yang dilancarkan berharga RM500,000 dan ke abawah. Tiada. Sebaliknya pembinaan harga rumah RM500,000 yang lebih diutamakan.
Nah itu sebablah hari ini, rakyat Malaysia terus mengeluh dan merintih dengan gelombang kenaikan harga rumah hari ini. Sedangkan berdasarkan statistik seperti di bawah ini menunjukkan :
  1. maksimum median harga rumah yang mampu dimiliki adalah sekitar RM274,000 oleh kalangan penduduk di bandar
  2. mereka beranggapan kalangan yang berpendapatan sehingga RM10,000 dan ke bawah perlu diberikan perhatian yang sebenarnya dikategorikan sebagai golongan pertengahan
  3. apatah lagi golongan 40% isi rumah terendah, lagilah perlu diberikan perhatian
  4. Mereka-mereka ini perlu diberikan subsidi

Cadangan Harga Rumah Kuala Lumpur Kawal Harga Rumah Kuala Lumpur dan Di Malaysia?

Cadangan oleh Institut Penyelidikan Khazanah bagi meredakan bukan sahaja harga rumah di Kuala Lumpur tetapi juga di seluruh Malaysia
  1. saranan supaya diwujudkan pengkalan data kebangsaan bagi memastikan pembinaan rumah dan pembangunan di seluruh Malaysia lebih teratur
  2. mempopularkan pembinaan menggunakan IBS
  3. menggunakan teknologi precast
  4. usah lagi memberikan lebih banyak pinjaman kepada rakyat Malaysia, tidak membantu menyelasaikan masalah rakyat yang boelh menjerumus rakyat ke kancah hutang
  5. kerajaan perlu bendung kegiatan kalangan pemaju dan pemilik tanah yang mahu menjual pada bidaan tertinggi

sumber : Beritasemasa
0 Komentar untuk " Harga Rumah Kuala Lumpur RM500,000 Ke Bawah Untuk Projek Unit Rumah Baru Tahun 2014 Tiada! "

Back To Top