Mohon Aktifkan Javascript!Enable JavaScript

HTML/JavaScript

Anzalna tidak iri hati dengan Neelofa dan Tasha Shila





Pelakon yang terkenal dengan sifat lemah lembut dan cantik rupa parasnya, Anzalna Nasir memberitahu beliau tidak perlu bersaing bersama rakan seperjuangan iaitu Neelofa dan Tasha Shilla yang  sama-sama lahir daripada program mencungkil bakat Dewi Remaja kerana percaya setiap daripada mereka sudah mempunyai aturan rezeki sendiri.

Jangan membandingkan saya dengan rakan seperjuangan saya menerusi program Dewi Remaja kerana masing-masing ada rezeki sendiri. Saya berpendapat, tidak perlu berlumba-lumba untuk menjadi yang lebih baik daripada yang lain.
Asalkan ada tawaran yang tidak putus, itu sudah mencukupi buat saya. Tidak timbul istilah iri hati kerana saya sendiri bangga dengan pencapaian rakan pada usia muda. Alhamdulillah, rezeki saya pun sudah tertulis dan saya selesa berada di tahap ini dengan sokongan peminat tanpa henti.

Selain itu, Anzalna sebelum ini pernah mengumumkan beliau bakal berkahwin dengan teman lelakinya Hanif Zaki tidak lama lagi dan mereka sekarang sedang sibuk membuat persiapan untuk majlis tersebut.
Walaubagaimanapun, Anzalna hanya akan mengumumkan tarikh majlis pernikahan mereka sebulan sebelum ia berlangsung.
Untuk apa kita ada rasa iri hati melihat kejayaan orang lain bukan? Percayalah rezeki itu memang sudah tertulis untuk kita apa yang penting kena rajin dan usaha untuk mendapatkannya

Sumber :BeautifulNara


0 Komentar untuk " Anzalna tidak iri hati dengan Neelofa dan Tasha Shila "

Back To Top