Perkahwinan yang meriah dan lain dari yang lain sentiasa menjadi idaman
setiap pengantin dengan harapan ianya akan menjadi hari yang paling
bermakna dan bersejarah dalam kehidupan. Kalau di Malaysia, kita sudah
sedia maklum akan perkahwinan perkahwinan mewah dan’grand’ terutamnya
golongan VIP dan selebriti yang menjadi tumpuan terutama pihak media.
Tetapi lain pula yang berlaku di luar negara, mereka tidak berkahwin dengan manusia yang mereka cintai tetapi lebih kepada yang bersifat kebendaan. Berikut merupakan 5 perkahwinan pelik pasangan pasangan berikut:
Tetapi lain pula yang berlaku di luar negara, mereka tidak berkahwin dengan manusia yang mereka cintai tetapi lebih kepada yang bersifat kebendaan. Berikut merupakan 5 perkahwinan pelik pasangan pasangan berikut:
1) Berkahwin Dengan Menara Eifel
Erika 39 tahun, merupakan seorang bekas tentera yang tinggal di San
Francisco. Beliau memang telah lama mempunyai pengalaman jatuh cinta
terhadap benda. Mulanya, Erika tergila-gilakan Lance, sebuah anak panah
yang membantunya menjadi seorang pemanah. Rasa cintanya kemudian beralih
pada Tembok Berlin. Beliau mendakwa dirinya memiliki hubungan fizik
dengan sepotong pagar yang beliau simpan di dalam bilik. Tetapi Menara
Eiffel merupakan pilihan terakhirnya. Majlis perkahwinannya sederhana
sahaja dan dihadiri sanak saudara pada 4 Jun 2008. Beliau mengucap
cinta dan janji setia. Sempena perkahwinannya, Erika menggunakan nama
‘Erika La Tour Eiffel’.
2) Berkahwin Dengan Orang Mati
Maut tidak akan dapat memisahkan cinta sejati. Begitulah yang dialami
Jaskiewicz Magali dan Jonathan George. Pasangan kekasih ini tetap
melangsungkan pernikahan meskipun pengantin lelaki telah meninggal dunia
lebih setahun. Pasangan yang telah menjalin hubungan cinta selama enam
tahun itu awalnya bercadang menikah di sebuah dewan bandaraya di
Perancis pada November 2008. Namun, George mati dalam kemalangan
motorsikal dua hari menjelang perkahwinan. Setahun berlalu, Magali tidak
dapat melupakan rasa cintanya terhadap George. Dengan sokongan keluarga
dan sahabat, wanita 32 tahun itu nekad melangsungkan pernikahan dengan
foto George di sebuah dewan bandaraya di Dommary-Baroncourt,timur
Perancis, pada November 2009.
3) Berkahwin Dengan Diri Sendiri
Liu Ye 42 tahun, lelaki berasal dari
Zhuhai, China begitu mencintai dirinya sendiri sehingga nekad
melangsungkan pernikahan tradisional dengan dirinya sendiri di hadapan
lebih 100 tetamu undangan. Beliau mengabadikan gambar dirinya di atas
sebuah papan styrofoam dengan solekan seperti pengantin perempuan
bergaun merah. “Ada banyak alasan untuk menikah dengan diriku sendiri,
terutama untuk mengungkapkan ketidakpuasan terhadap kenyataan, “kata
Liu. Liu menafikan tuduhan sejumlah orang yang mengatakan bahawa beliau
gay. Upacara perkahwinan berlangsung mengikut adat masyarakat China.
Upacara juga dihadiri seorang pengiring pengantin perempuan dan seorang
pengiring pengantin lelaki. Semua tradisi diikuti demi menghormati nenek
moyang dan para tetamu yang hadir.
4) Berkahwin Dengan Robot
Seorang wanita bernama Bonnie Burton menjadikan watak atau robot R2-D2
daripada filem Star Wars sebagai pasangannya pada 13 Ogos (tahun tak
pasti). Dan pasangan ini telah di nikahkan sendiri oleh Darth Maul pada
upacara tersebut. Semakin maju teknologi kehadapan, semakin pelik
tingkah laku manusia dekad ini.
5) Berkahwin Dengan Bantal
Cinta sejati tidak mengira bentuk dan rupa. Seperti yang dialami Lee
Jin-gyu, lelaki yang berasal dari Korea ini memberanikan diri menikahi
bantal ‘dakimakura’ kesayangannya yang dilekatkan gambar karakter anime.
Bantal kesayangan Lee menampilkan karakter ‘Fate Testarossa’, yang
diambil dari siri anime ‘gadis ajaib’ iaitu Mahou Shoujo Lyrical Nanoha.
Pemuda 28 tahun yang diberi nama jolokan ‘otaku’ ini menikahi
‘mempelainya’ yang muncul dengan gaun pengantin. Perkahwinan pelik ini
diadakan dengan sangat serius, lengkap dengan jurunikah dalam sebuah
upacara khas dan mendapat liputan meluas dari pelbagai media.
Begitu pelik manusia zaman sekarang. Rasanya Tuhan dah menciptakan
hambaNya berpasang pasangan tapi ada jugak nak berkahwin dengan menara,
bantal & robot.
sumber :PenPatah
0 Komentar untuk " 5 Rekod Perkahwinan Pelik! Pelik atau Bodoh? "