Jika ini hakikatnya, pasti ramai yang
bersetuju dengan kebenaran laporan terkini yang menyatakan bahawa
penyanyi dan usahawan terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin tersenarai
sebagai wanita ketiga terkaya di Malaysia.
Siti dilaporkan memiliki jumlah pendapatan melebihi RM4.9 juta hasil
jualan album dan meraih lebih RM50 juta daripada hasil keuntungan
perniagaannya.
Pemilik jenama produk kecantikan SimplySiti ini mendirikan rumahtanga
dengan usahawan terkenal Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada 21 Ogos
2006.
Berita tersebut telah dipetik melalui sesawang, SaveMoney.my baru-baru
ini yang meletakkan beberapa tokoh terkemuka Malaysia sebagai wanita
terkaya di negara ini.
Antaranya ialah isteri mendiang usahawan Tan Sri Lim Goh Tong iaitu Puan
Seri Lee Kim Hua yang mempunyai aset kekayaan paling tinggi (RM21.32
billion) disusuli aktres antarabangsa, Tan Sri Michelle Yeoh ($245
juta).
Tempat keempat pula ialah Pauline Chai iaitu pemilik rangkaian Laura
Ashley dan juga bekas Miss Malaysia 1969 yang berpendapatan RM244,568
sebulan. Manakala tempat kelima wanita terkaya Malaysia ialah Datuk
Nicol Ann David, pemain squash yang memiliki RM1.4 juta.
Sumber : PenPatah
0 Komentar untuk " 5 Foto aset kereta dan rumah mewah Siti Nurhaliza paling mengejutkan "