Emoji kini menjadi salah satu medium untuk orang ramai berinteraksi di dalam mesej terutamanya dalam aplikasi Whatsapp, Telegram ataupun Facebook.
Namun, tanpa kita sedar, sesetengah emoji yang kita gunakan tidak menyerupai maksud sebenar emoji tersebut seperti yang ditentukan oleh Unicode Consortium, badan yang bertanggungjawab dalam soal piawaian termasuk piawaian emoji.
Mungkin disebabkan oleh beberapa kali berevolusi, emoji yang diguna pakai sekarang disalah ertikan oleh pereka grafik yang bertanggungjawab mencipta emoji untuk platform masing-masing.
Disini kami senaraikan antara emoji-emoji yang selalu digunakan tetapi mungkin disalah tafsir oleh orang ramai bersama maksud sebenarnya.
1 - Kecewa tetapi lega
2 - Terkejut
Mungkin ramai yang tersalah tafsir emoji ini bermaksud mati kerana mata emoji ini berbentuk pangkah tetapi sebenarnya ia bermaksud terkejut.
3 - Tenang
Sekali pandang memang emoji ini seolah seperti sedang terkejut dengan sesuatu namun apa yang dimaksudkan dengan emoji ini adalah tenang.
4 - Terlampau gembira
Emoji ini selalu digunakan ketika dalam keadaan 'akward' tetapi sebenarnya ia melambangkan seseorang itu sangat gembira sehingga ternampak giginya.
5 - Ciuman
Memang emoji ini nampak seperti sedang bersiul, tetapi ia sebenarnya digunakan untuk melambangkan ciuman kepada seseorang. Tetapi ciuman ini kurang sedikit 'powernya' dari emoji ciuman bersama hati.
6 - Menikmati makanan lazat
Emoji ini bila digunakan seolah-olah memaparkan anda sedang bergurau atau main-main. Namun maksud sebenar emoji ini adalah anda sedang menikmati makanan lazat yang anda gemari.
7 - Gadis kaunter pertanyaan
Gadis ini bukan sedang berkata 'whatever' tetapi dia adalah seorang gadis di kaunter pertanyaan yang sedang melayan pelanggannya.
8 - Kucing keletihan
Ini bukannya seekor kucing yang terkejut, tapi ia seekor kucing yang keletihan. Emoji ini digunakan untuk memberitahu seseorang itu dalam keletihan.
9 - Bersemangat
Emoji hidung keluar asap ini sebenarnya menunjukkan seseorang itu dalam keadaan yang bersemangat, bukan marah.
10 - Tidak setuju
Emoji ini pun bukanlah emoji yang melambangkan kemarahan tetapi sebenarnya emoji yang melambangkan seseorang itu tidak bersetuju dalam satu-satu hal.
Walaupun emoji-emoji ini mempunyai standardnya tersendiri tetapi apa yang penting adalah kedua-dua penghantar dan penerima memahami apa yang dimaksudkan dengan emoji tersebut. Tetapi, jika anda seorang yang mementingkan ketepatan, dan ingin menggunakan emoji mengikut standard, anda boleh ke http://emojipedia.org/ untuk melihat senarai penuh emoji dengan maksudnya
Siakap Keli
0 Komentar untuk " 10 Emoji Yang Mungkin Anda Gunakan Secara Salah Selama Ini "