Pada hujung bulan Ogos lalu ramai kita mengetahui berlakunya sebuah perhimpunan yang di namakan Perhimpunan BERSIH 4 di sekitar bandaraya Kuala Lumpur.
Perhimpunan ini menderima liputan yang luas termasuk media luar negara selain kehadiran Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yang mengejutkan ramai pihak.
Disebalik perhimpunan yang mendapat pujian pihak polis berkenaan terpalit sedikit kontroversi apabila tersebar sebuah video dan gambar yang memaparkan segelintir peserta bersih bertindak memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Juga Gambar Presiden PAS, Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang.
Kerana kejadian itu ia menumbulkan sedikit kekecewaan di kalangan netizen kerana perbuatan berkenaan, sudah pasti ia merosakkan sedikit persepsi baik orang ramai terhadap perhimpunan berkenaan.
Kerana tidak berpuas hati dengan kejadian berkenaan, pelakon Zizan Nin telah meluahkan rasa geramnya di laman Twitter di mana artis berkenaan telah menyifatkan tindakan mereka yang memijak gambar berkenaan sebagai melampau, biadap dan bangsat.
Bagaimana pun status Zizan Nin berkenaan yang menempelak tindakan segelintir peserta BERSIH 4 berkenaan menerima kritikan daripada seorang pengguna Twitter lain yang dilihat cuba mempertahankan tindakan mereka yang memijak gambar berkenaan.
sumber : Siakapkeli
0 Komentar untuk " Zizan Nin Sifatkan Perbuatan Segelintir Peserta Bersih 4 Pijak Gambar Najib Sebagai Bangsat "