Mohon Aktifkan Javascript!Enable JavaScript

HTML/JavaScript

[ VIDEO] TENGOK TU,KERETA POLIS PUN DIA PIJAK,BETUL-BETUL TAIKO NIH!!!



Semalam beredar di laman sosial sebuah video menunjukkan seorang lelaki tidak siuman yang berdiri di atas sebuah kereta polis di Jalan Budiman yang telah menarik perhatian ramai.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 7.20 pagi itu telah menyebabkan jalan berhampiran dengan SK Seri Budiman dan SMKA Sheikh Abdul Malek sesak kerana orang ramai terutamanya ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah berhenti untuk melihat kejadian ini.

Memetik laporan Sinar Harian, seorang saksi memberitahu lelaki tersebut dipercayai berasal dari kampung berhampiran sebelum itu dilihat bermain di bahu jalan di hadapan pintu pagar SK Seri Budiman.

“Bagaimanapun, tindakan agresifnya sepak kon yang ada di tepi jalan hingga ada yang terkena penunggang motosikal telah timbulkan kekecohan.

“Orang ramai yang jadi mangsa keadaan apabila kon yang disepak terkena kenderaan mereka cuba belasah lelaki tu mungkin mereka tak sangka orang tu tak siuman.

“Tapi.. situasi tegang itu berjaya diredakan oleh beberapa orang yang ada di lokasi berkenaan sebelum bertindak menghubungi pihak polis untuk bantuan,” katanya yang ditemui di lokasi kejadian.

Bapa kepada lelaki tersebut dikatakan telah tiba ke tempat kejadian selepas dimaklumkan orang ramai di mana beliau cuba memujuk anaknya itu sehinggalah akhirnya dia terpaksa minta bantuan mantan Pegawai Pembangunan Dun Batu Buruk, Datuk Che Mat Jusoh.

Bapanya terpaksa pergi ke rumah Datuk Che Mat untuk minta bantuan kerana anaknya memaklumkan yang dia hanya akan balik ke rumah dengan menaiki kereta Datuk Che Mat,” katanya.




Sementara itu, Datuk Che Mat ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan hal ini di mana beliau mengakui lelaki berkenaan adalah jirannya dan mereka telah berbual dua hari sebelum ini selepas pulang solat dari Masjid Kampung Nibong, di sini.

“Saya kenal dia dan keluarganya kerana kami berjiran, saya tahu dia memang ada masalah mental, cuma sebelum ini dia tak pernah ganggu ketenteraman awam.

“Jadi, tadi (semalam) sebaik dapat tahu yang dia  di luar kawalan hingga ganggu orang awam di situ, saya terus ke lokasi untuk memujuknya, lebih-lebih lagi bapanya memaklumkan yang dia hanya akan balik ke rumah dengan saya.

“Alhamdulillah, dia akur dengan arahan saya meskipun pada mulanya dia bertindak agresif dengan memanjat bumbung kereta saya dan membuat aksi ala 'Spiderman' tapi akhirnya setelah dipujuk dia turun dan terus masuk dalam kereta," katanya.

Sebaik lelaki tersebut masuk di dalam ekreta beliau terus menghantar pulan ke rumah kerana bimbang dia bertindak lebih agresif yang boleh jejaskan keselamatan dirinya dan orang awam di situ. - Siakapkeli.my
0 Komentar untuk " [ VIDEO] TENGOK TU,KERETA POLIS PUN DIA PIJAK,BETUL-BETUL TAIKO NIH!!! "

Back To Top