Apa yang akan anda
lakukan jika anda terjumpa sejumlah wang sebanyak RM5000? Adakah anda
akan ambil wang tersebut atau memulangkan kepada tuan empunya semula?
Inilah yang berlaku kepada seorang tukang kimpal yang bernama Ahmad
Razif Ahmad Razali. Beliau menjumpai wang sejumlah RM5000 di hadapan
sebuah bank di Kuala Kangsar.
Kisah beliau mula
menjadi viral di laman media sosial sejak dari hari Selasa yang lepas
serta tidak putus-putus menerima pujian daripada pengguna media sosial
yang kagum dengan kejujurannya.
Ternyata sikap
jujurnya itu mendatangkan keuntungan buat dirinya apabila di anugerahkan
sijil penghargaan dari pihak polis yang disampaikan oleh Timbalan Ketua
Polis Daerah, Deputi Superitendan Azry Akmar Ayob pada awal pagi Rabu.
Ketika menjumpai
wang tersebut, dia amat terkejut dan membuat keputusan untuk mengambil
wang tersebut lalu membawanya masuk ke dalam kereta. Dia menunggu di
dalam kereta selama 15 minit dengan harapan pemilik wang tersebut datang
menuntut duit yang hilang itu darinya. Tetapi kemudian dia nekad untuk
menghantar duit itu ke balai polis dan semasa di balai,dia memuatnaik
status di halaman Facebook miliknya berkenaan wang tersebut tapi tiada
sesiapa yang memberi respon.
Beliau tidak
menyangka status yang dimuatnaiknya itu menjadi viral dan mendapat
pujian ramai Netizen kerana niatnya memuatnaik status itu hanya ingin
mencari pemilik wang tersebut. Malah dia tidak terlepas dari menerima
kritikan apabila ada individu mengatakan dia kurang cerdik kerana tidak
menyimpan wang tersebut.
Sebelum ini pun
saudara Razif pernah terjumpa tiga dompet dan memulangkan sendiri kepada
tuan empunya badan. Bagi Razif, biarlah kita memperoleh rezeki dengan
hasil peluh sendiri, bukan dari usaha orang lain yang bersusah payah
mencari rezeki. Tiada guna ambil hak orang, tiada keberkatan pun dalam
wang itu,” ujarnya.
Razif turut berasa senang hati dan lega apabila wang tersebut telah dituntut oleh tuan empunya badan.
sumber : Sajakongsi
0 Komentar untuk " Tukang Kimpal Ini dipuji seluruh Rakyat Malaysia, Kenapa? "