Monique Bastos, 23, juara MMA enam kali.
Acailandia (Brazil): Seorang lelaki yang cuba menyamun seorang wanita
dan rakannya di tepi jalan mendapat nasib malang kerana wanita berkenaan
adalah juara seni mempertahankan diri.
Akibatnya lelaki berkenaan terpaksa merayu dilepaskan malah rela diserah
kepada polis apabila lehernya dikunci dengan gerakan seni jiu-jitsu.
Lelaki itu dan rakannya menghampiri Monique Bastos serta rakan
perempuannya yang berada di atas motosikal dan menuntut mereka
menyerahkan telefon bimbit.
Menurut laporan lama web Brazil, iG, Mobique, 23, yang pernah menjuarai
enam pertandingan MMA, menumbuk lelaki itu sebelum menjatuhkannya ke
tanah dan mengunci lehernya selama 20 minit sehingga polis tiba.
“Seorang lelaki merampas telefon saya. Melihat mereka tidak bersenjata, saya menolak motosikal mereka hingga jatuh.
“Seorang melarikan diri tetapi penunggang motosikal itu tidak sempat
membolehkan saya menangkapnya dengan mengunci lehernya dengan kaki,”
katanya.
Lelaki itu menjerit: “Ayah, ayah, panggil polis. Tolong, saya janji ini
kali pertama dan terakhir buat macam ini. Sesiapa saja tolong saya.
sumber : Penpatah
0 Komentar untuk " Tersilap rompak Wanita Juara MMA Enam Kali?? Lihat apa yang berlaku kepada lelaki ini "