Shopping Mall Misteri Ditinggalkan Jadi Kolam Ikan Eksotik
| Ceritanya, dulu bangunan shopping mall di sebuah daerah di Bangkok,
Thailand ini punyai ketinggian 11 tingkat. Tetapi pada tahun 1997, 7
tingkat atas bangunan ini terpaksa dirobohkan atas sebab undang-undang
tidak membenarkan mana-mana bangunan tinggi melebihi 4 tingat hanya
kerana ada istana di kawasan tersebut. Pada tahun 1999 pula, berlaku
kebakaran yang mengakibatkan kematian. Dan sejak dari itu, bangunan itu
dibiarkan begitu sahaja tanpa bumbung.
Hujan turun hari demi hari dan
mengakibatkan air bertakung dan di bahagian ground floor pula menjadi
kolam. Kesannya? 2003-2004 nyamuk membiak dengan bermaharajalela di
kawasan itu dan menyebabkan ketidakselesaan pada penduduk sekitar. Bagi
mengatasi masalah berkenaan, penduduk sekitar meletak beberapa ekor ikan
dalam kolam itu untuk mengawal pembiakan nyamuk. Hasilnya? Berkesan!
Sejak dari itu, ikan-ikan mula membiak.
Namun kisah kolam ini hanya diketahui oleh penduduk kawasan itu sahaja.
Entah bagaimana ia boleh tersebar di Facebook. Semenjak perkhabaran
mengenai kolam itu tersebar di laman sosial, ramai orang luar datang dan
hal ini sampai ke pengetahuan pihak berkuasa tempatan. Pihak berkuasa
tempatan terpaksa menutup kawasan terbabit atas faktor keselamatan.
sumber : Kisahbest.org
0 Komentar untuk " Shopping Mall Misteri Ditinggalkan Jadi Kolam Ikan Eksotik "