Memang agak sukar untuk menerima hakikat pemergian seseorang yang begitu penting dalam hidup kita, namun suami mangsa Siti Nuroshlizan Zolkifli redha dengan pemergian isterinya di tanah suci.
Jika semalam adik kepada mangsa meluahkan rasa sebak terhadap pemergian kakaknya, semalam kami menerima kiriman emel daripada pembaca dimana suami mangsa pula memberikan ungkapan yang amat menyayat hati.
Ungkapan mampu membuatkan kami turut menangis dengan kata-katanya.
SELAMAT JALAN ISTERIKU, UMI MEMANG LAYAK DIGELAR SYUHADA, DAMAILAH DIKAU DISANA.
16 tahun masa kita bersama, bukan lah mudah bahtera kehidupan yg kita bina bersama-sama di layari, berbagai dugaan dan cabaran yg kita tempuhi bersama-sama.
16 tahun masa kita bersama, umi sentiasa tabah dan sabar melayani pelbagai ragam dan perangai abah, tidak sekelumit pun hilang kesetian umi pada abah.
16 tahun masa kita bersama, kini umi telah pergi buat selama2nya, tiada org yg paling bertuah dunia ni abah rasakan selain daripada abah mempunyai seorang isteri yg solehah seperti umi.
Kini kami kehilangan sesuatu yang amat besar dalam kehidupan kami,tapi takdir tuhan mengatasi segalanya dan kami seikhlas hati redho dengan ketentuanNya dan bersyukur perginya umi sebagai seorang syuhada.
In sha Allah, abah akan penuhi hajat yg sentiasa umi luahkan, anak2 abah akan isi dengan ilmu akhirat yg secukup2nya. Biarlah suatu hari nanti anak2 kita akan bergelar hafiz dan hafizah.
Moga2 abah, kakak, adik dan eiman dapat bertemu kembali dengan umi di SANA nanti.
Abah halalkan dan ampunkan segala dosa2 umi, umi bagaikan kain putih bersih dan bagaikan bayi yg baru lahir bagi abah, abah redho dgn segala2nya.
Damailah umi di sana…………
0 Komentar untuk " “Selamat Jalan Isteriku”- Suami Redha Pemergian Isteri Di Kota Mekah "