Cinta bukan hanya diungkapkan dengan kata-kata sahaja namun ianya juga haruslah disertai dengan tindakan. Inilah yang dilakukan oleh seorang blogger dari Brazil yang bernama Rafael Del Col. Dia mahu melakukan penghormatan kepada isterinya Tatine Valques yang telah meninggal dunia dengan cara yang paling romantik dan sweet sekali.
Rafael dan puterinya yang berumur tiga tahun bernama Raisa mengambil gambar bersama-sama dengan gaya yang sama seperti dilakukan oleh Rafael dan isterinya Tatiane ketika waktu dahulu.
Tatine meninggal dunia akibat kecelakaan jalan raya pada tahun 2011. Ketika itu Raisa belum lagi mencecah umur satu tahun dan Tatine juga pada saat itu sedang hamil anak kedua mereka. Gambar – gambar yang diabadikan oleh pasangan ini diambil pada tahun 2009, seminggu sebelum hari perkahwinan pasangan ini.
Dalam gambar yang diambil bersama puterinya Raisa, si kecil itu memakai perhiasan yang sama yang juga pernah digayakan oleh ibunya. Bahkan anjing yang berada di dalam gambar tersebut adalah anjing yang sama. Rafael membelikan anjing yang diberi nama Raul itu untuk Tatine ketika mereka mula berpacaran. Sediakan tisu dahulu sebelum lihat gambar-gambar yang sangat menyentuh hati ini.
0 Komentar untuk " [ SEDIH] Lihat bagaimana blogger ini cuba menghidupkan kembali kenangan bersama mendiang Isterinya - Viral-X "