Seorang pelacur kelas atasan yang
menghebahkan gaya hidup mewah sambil mendakwa dia seorang pekerja Palang
Merah dihukum penjara selama lima tahun kerana menjalankan aktiviti
perjudian haram.
Menurut dokumen di Mahkamah Daerah Dongcheng, Guo Mei Mei dituduh
menjalankan operasi judi haram di pangsapurinya di sini dengan
pertaruhan mencecah hampir tiga juta Yuan (RM2 juta).
Beberapa gambar di akaun laman sosial wanita itu sebelum ini menunjukkan
kereta Maserati dan Lamborghini yang didakwanya dihadiahkan atas
kerjanya sebagai seorang pengurus kanan.
Penyebaran gambar tersebut bagaimanapun menimbulkan kemarahan orang awam
selain kebimbangan sama ada pertubuhan Palang Merah telah
menyalahgunakan derma yang diterima pertubuhan amal itu.
Mei Mei kemudian menarik balik kenyataan mengenai penglibatannya
dalam Palang Merah sebelum dia didedahkan menjadi pelacur kepada
golongan elit yang kaya di China dengan kadar bayaran kira-kira 300,000
Yuan (RM202,000) untuk satu malam.
Pertubuhan Palang Merah berdepan dengan kesukaran mendapatkan derma
sejak diheret ke dalam skandal wanita tersebut, menyebabkan Mei Mei
mengeluarkan kenyataan memohon maaf di rangkaian televisyen tempatan,
sambil memakai baju oren seorang banduan.
“Saya suka menunjuk, saya mempunyai pemikiran budak kecil yang suka
berlagak. Saya mahu memberitahu pertubuhan Palang Merah bahawa saya
memohon maaf. Saya juga mahu memohon maaf lebih-lebih lagi kepada mereka
yang tidak menerima bantuan,” katanya.
Perjudian kebanyakannya dijalankan secara haram di tanah besar China
tetapi dibenarkan di beberapa tempat lain di Hong Kong dan Macau.
sumber : Penpatah
0 Komentar untuk " Pelacur 'RM 202,000' satu malam ini dipenjara 5 Tahun, Puncanya? - Viral-X "