
Seorang lelaki Britain yang menunggang
motosikal dalam keadaan bogel akan diusir dari Kemboja hari ini kerana
“mencemari keindahan budaya” setempat.
Crawford Brown, 24, menghabiskan hujung minggunya baru-baru ini di dalam
penjara selepas ditangkap polis kerana bermotosikal tanpa berpakaian.
SEORANG wanita yang turut ditangkap bersama-sama Brown ketika menunggang motosikal dalam keadaan bogel.
Polis juga menangkap dua warga asing lain, Catarina Aarnio, 22, dari
Finland, dan Giancarlo Allocca, 30, dari Itali yang turut berbogel
bersama Brown.
Brown adalah siswa Universiti Scotland Barat.
Ketiga-tiga mereka dilaporkan menanggalkan pakaian masing-masing sebelum
bermotosikal di daerah Leuk Daek, kira-kira 80 kilometer di tenggara
Phnom Penh.
Jurucakap polis, Chuon Chomkol berkata, warga asing itu dikesan ketika
mereka lalu di depan balai polis dan foto mereka telah dirakam oleh
penduduk setempat dan tersebar di media-media sosial.
“Kelakuan mereka sangat keterlaluan walaupun mereka warga asing dan mungkin tidak faham budaya setempat,” lapor portal MyMetro.
sumber : Penpatah
0 Komentar untuk " Pasangan Pelancong Selamber Naik Motosikal Tanpa Pakaian Jadi Viral (Gambar) "