Pemilik perniagaan butik dan jenama tudung
SugarScarf, Nur Atikah Sulaiman telah menyuarakan rasa terkilan dengan
rangkaian tudung keluaran selebriti Neelofa iaitu Naelofar Hijab kerana
rekaan tudung jenis Madison keluaran syarikat artis berkenaan didakwanya
telah ditiru dari rekaan tudung miliknya.
Rasa terkilan dan tidak puas hati berkenaan telah disuarakan oleh beliau
di dalam dua akaun Instagram rasmi miliknya iaitu sugarscarf dan
eyqasulaiman.
Melalui akaun eyqasulaiman, Atikah atau lebih dikenali dengan panggilan
Puan Eyqa memuatnaik beberapa status di laman Instagramnya di mana ia
menyifatkan meniru rekaannya itu adalah sebagai tidak bertanggungjawab
tetapi bagaimanapun dia redha kejadian ini berlaku.
Berikut adalah tulisannya kenapa dia berasa kecewa dan terkilan.
Kerana perkara ini ia telah menimbulkan perbalahan antara agen-agen
kedua-dua syarikat tudung berkenaan terutamanya di laman Instagram
Neelofa.
Ia bermula apabila seorang pengguna di Insgaram Neelofa menggunakan nama
adraahananberkata "@noorneelofa ade pic keluar u copycat #SUGARSCARF
please stop shame on u dear x bg org tiru tp diri sendiri yg tiru. Takde
etika langsung"
Bagaimanapun seorang stokis atau pengedar rasmi jenama Naelofar
Hijab,thenaelofar_hijabistasis menjawab "@adraahanan , i dont think
semudah itu team NH nak langgar rules and regulation patented design,
surely they have checked on this matter before release. So please dont
judge before you know whats going on. Yang i tahu SS memang already
create rival dgn other brands before this pun. One of owner top brand
jugak yg inform i pasal ni."
Seorang pengikut Instagram Neelofa, gemuk_wardrobei pula berkata "I
think @noorneelofa u should clear this situation. Jangan keruhkan
keadaan. Jaga your stokist attitude. Jaga adab kita sesama manusia. Jaga
periuk org mcm jaga periuk kita sendiri. Dua dua i salute. Tapi jangan
sebab benda ni org yang takde kene mengena pun berbabit sama bertikam
lidah. I know u know the best way to solve this happen. I know u know
how to handle your stokist and I know i are."
Kes ini turut merebak ke laman sosial Facebook, menurut pengguna
Facebook bernama Lenny Nieyl "Excuse me!..style silang2 ni sebenarnya dr
org zaman dulu lagi la..silang kain batik atas kepala sambil tuai
padi."
Manakala Fatin Nabilah Aziz pula berkatan, "Inner silang sugarscarf pendek sikit kat atas
Naelofar punya mcm lebar n panjang smpai bawah pipi, So berbeza ketara jugak la sbnrnya
Lgpon sblm sugarscarf popularkan inner mcmni pon dah ade design mcmni.."
"Cume xde org claim dia punye je. Tp sugarscarf jgn la risau klu tudung dia sntiasa berkualiti org akan bli jgk akhirnya."
Manakala Qaseh Ramadhan pula berkata " Mintak maaf komen.,tp selain
neeolofa,banyak lagi butik tudung tiru design sugarscarf tapi knp
pemilik sugarscarf xkecoh2 plak..kesian kat neeolofar..sebab dia
artis,ada aje yg xkena kan..manusia2."
Jika cuba ke laman web rasmi Naelofar Hijab, naelofarhijab.com dimana dapati tudung yang menjadi kontroversi seperti dibawah sudah tidak ada di dalam web berkenaan.
Kredit gambar: beautifulnara
Bagaimanapun sehingga kini belum ada kenyataan rasmi dari pihak Neelofa
kerana masalah ini, Puan Eyqa dalam status terbarunya di Intagram
sebentar tadi telah memuatnaik surat daripada Perbadanan Harta Intelek
Malaysia(PHIM) yang diberikan kepadanya sebagai bukti tudung Madison
tersebut telah dipatenkannya.
Sebelum ini, ada netizens menyalahkan Puan Eyqa kerana tidak mempatenkan
rekaan tudung yang didakwa milikknya itu menyebabkan beliau memuatnaik
gambar notis hakcipta daripada (PHIM) itu sebagai bukti.
Apapun harapan perkara ini diselesaikan dengan cara yang baik oleh
kedua-dua pihak kerana ia melibatkan periuk nasi masing-masing kerana
isu rekaan sama ini selalu terjadi, mungkin Neelofar Hijab tidak sengaja
menghasilkan tudung sama dengan milik SugarScarf sebab penghasilan
rekaan tudung ini datangnya daripada ilham dan imaginasi pereka.
doakan semoga perniagaan anda berdua jenama SugarScarf dan Naelofar
Hijab akan terus maju dan mendapat sambutan rakyat Malaysia kerana
perniagaan itu adalah kerja yang mulia disamping kepelbagaiaan rekaan
menarik dihasilkan mungkin salah satu faktor mereka yang masih belum
bertudung untuk bertudung selepas ini. - Siakapkeli.my
0 Komentar untuk " Neelofar Hijab Curi Rekaan Tudung Butik Sugarscaff? - Viral-X "