SEORANG pengusaha ganja berlesen cuba
mencari populariti di laman sosial Instagram dengan memuat naik
gambar-gambarnya bersama wanita seksi, jet peribadi dan sejumlah wang
tunai.
Michael Straumietis yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)
Advanced Nutrients cuba menarik pengikut di laman sosial berkenaan
dengan mempamerkan kemewahannya.
Straumietis merupakan pengusaha ganja bagi tujuan kajian pertanian, makanan tambahan dan nutrisi.
Ketika memuat naik gambar-gambarnya, Straumietis turut mempromosikan
perusahaannya yang berpangkalan di Kanada dan mendapat kelulusan pihak
berkuasa untuk menanam ganja secara tertutup.
Jutawan itu dilahirkan di Portland, Oregon dalam keluarga golongan
pertengahan – bapanya meninggal dunia ketika dia masih remaja manakala
ibunya seorang penagih dadah.
Straumietis turut bekerjasama dengan pihak berkuasa utama dunia dalam
melakukan kajian terhadap nutrien ganja untuk makanan tambahan.
sumber : Penpatah
0 Komentar untuk " Lihat bagaimana kehidupan seorang pengusaha LADANG GANJA! "