Semua orang pernah melakukan kesilapan dalam merancang
perjalanan hidup dan itu bukan alasan untuk kita terus mengalah malah
ianya merupakan pembakar semangat untuk kita berjaya dalam kehidupan.
Sama juga seperti kisah pemuda bernama Rayyan Harries yang berasal dari
Kuala Lumpur ini. Kerana tersilap dalam percaturan hidup, dia dibuang
dari universiti dan ditamatkan biasiswa.
Bukan itu sahaja, malah beliau turut dibuang kerja dan
akhirnya dipaksa keluar dari rumah sewa kerana tidak mampu menjelaskan
bayaran sewa rumah. Tetapi disebalik kesulitan yang dialami, itu bukan
alasan untuknya terus gagal. Dia mengambil keputusan untuk melakukan
sesuatu yang bermakna bukan sahaja untuk dirinya, malah orang yang
berada disekelilingnya dengan menyumbang dan membantu golongan yang
lebih memerlukan atau kurang bernasib baik.
Kata Rayyan, kita semua terlalu leka dalam mengejar
kekayaan dunia dan hanya terlalu mementingkan diri sendiri tetapi kita
terlupa untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik. Dengan
berbekalkan wang yang disimpannya selama tiga tahun, blogger traveller
ini menambil keputusan untuk mengembara sambil beramal di 15 buah
negara.
Indonesia merupakan negara pertama yang dilawatinya pada
empat tahun lepas dan beliau juga turut membuat aktiviti sukarelawan di
beberapa buah negara yang dilanda bencana alam seperti Jepun dan Nepal
selepas dilanda gempa bumi serta Filipina yang dilanda Taufan Haiyan.
Menceritakan tentang bagaimana dia memperolehi wang untuk
menampung perbelanjaan pengembaraannya, beliau menjelaskan dana yang
dikumpulnya adalah dengan melakukan kerja secara sambilan di setiap
negara yang dilawatinya termasuk melakukan kerja-kerja kampung seperti
bekerja di kebun sayur, memetik buah malah beliau juga terlibat dalam
menghasilkan artikel yang berkaitan dengan pelancongan.
Pada bulan Julai yang lepas, dia mengembara ke India dan
Nepal untuk melakukan kajian tentang tempat-tempat menarik dan kerja
sosial di sana. Idea untuk melakukan kerja amal sambil mengembara
bermula ketika beliau baru sahaja menceburkan diri dalam dunia
“backpacker”. Rayyan yang juga mempunyai ramai kenalan di seluruh dunia
berpendapat mengapa tidak dia memanfaatkan kunjungannya ke negara lain
dengan melakukan keja amal?
Pengalaman yang diperolehinya sebagai backpacker banyak
mengajar dan melatih dirinya untuk melakukan kerja amal secara serius
dan melakukan sesuatu yang bermakna dalam hidup. Kini beliau mempunyai
20,000 pengikut di laman sosial dan aktif mempromosikan kempen
sukarelawan kepada mereka.
Terbaru, Rayyan kini sedang merangka rancangan dan sibuk
dalam projek The Vounteer Cook yang bertujuan membantu pelarian perang
di Kepulauan Lesvos, Greece. Menerusi kempen #Give50Cent, beliau
berharap dapat mengumpul 0.50 euro (bersamaan RM2.50) untuk satu set
hidangan makanan buat pelarian tersebut.
Bagi anda yang ingin mengetahui lebih mendalam kisah
pengembaraan dan pengalaman pemuda ini mejelajah ke negara luar, anda
boleh layari blog traveller ini di www.thebigsmallboy.com.
sumber :sajakongsi
0 Komentar untuk " Lelaki Jobless Ini Mampu Mengembara Ke 15 Buah Negara Sambil Melakukan Kerja Amal "