Inilah Smartphone Yang Masih Berfungsi Walau Sudah Tenggelam 6 Minggu Di Dasar Laut
| Pemain ski air yang berasal dari Gothenburg, Sweden menjumpai semula
smartphone Sony Xperia Z2 miliknya setelah hilang di dasar laut selama 6
(enam) minggu. Kisah mengagumkan itu pertama kali tercatit di media
tempatan Sweden.
Alexander Maxen secara sengaja
menjatuhkan telefon miliknya ke dalam laut yang memiliki kedalaman 10
meter. Seperti yang sedia maklum, Xperia Z2 hanya boleh bertahan
terendam di dalam air tawar (bukan air laut) dengan kedalaman 1,5 meter
selama 30 minit.
Ketika Maxen dan rakan-rakannya sampai
di pantai, mereka cuba melakukan panggilan telefon ke telefon itu dan
hebatnya telefon itu masih boleh dihubungi. Tetapi, kerana tidak membawa
peralatan selam, mereka tidak dapat mengambil telefon itu lalu
dibiarkan sahaja telefon tersebut tenggelam.
Enam minggu kemudian, rakan Maxen
menyelam di lokasi yang telah berjaya menemui telefon terbabit, dipetik
dari Ubergizmo, Rabu (13/8/2014).
Meskipun telah mengalami beberapa
kerosakan luaran, seperti panel belakang yang retak dan bateri yang
hampir rosak, mereka terkejut ketika melihat lampu indikator bateri
masih menyala. Smartphone itu bahkan masih boleh melakukan proses
booting dengan sempurna dan mampu melakukan panggilan telefon.
Ini bukan kali pertama smartphone
keluaran Sony boleh bertahan di dalam air, setelah terendam melebihi
had. Tahun lalu, sebuah Sony Xperia V masih berfungsi dengan baik
setelah empat hari terendam di dalam laut.
sumber : Kisahbest.com
0 Komentar untuk " Inilah Smartphone Yang Masih Berfungsi Walau Sudah Tenggelam 6 Minggu Di Dasar Laut "