Mohon Aktifkan Javascript!Enable JavaScript

HTML/JavaScript

Indonesia Mohon Maaf Akibat Jerebu Yang Melanda Malaysia



KUALA LUMPUR: Indonesia hari ini membuat permohonan maaf berikutan masalah jerebu yang melanda rantau ini.

Permohonan itu dibuat oleh salah seorang Ahli Parlimennya, Hamdhani Mukhtar Said di Perhimpunan Agung ANtara Parlimen ASEAN (AIPA) di ibu negara, hari ini.

"Saya ingin meminta maaf kepada rakyat Malaysia kerana jerebu.

"Jerebu tahunan ini tidak disengajakan tetapi disebabkan oleh kemarau yang memberi kesan kepada bahagian Sumatera dan Kalimantan," katanya sambil menambah isu tersebut akan dibangkitkan di Parlimen Indonesia kelak supaya pelbagai usaha dapat dilakukan.

Memetik laporan mStar juga, Indonesia dilaporkan membelanjakan AS$1 juta untuk beberapa kawasan yang terjejas dengan kebakaran hutan dan tanah gambut itu.

Malaysia kini berdepan dengan masalah jerebu yang teruk akibat pembakaran hutan yang meluas di Indonesia untuk penanaman kelapa sawit. -Siakapkeli.my
0 Komentar untuk " Indonesia Mohon Maaf Akibat Jerebu Yang Melanda Malaysia "

Back To Top