Mohon Aktifkan Javascript!Enable JavaScript

HTML/JavaScript

Gambar Pelarian Anak Kecil Syria Yang Lemas Ini Undang Tangisan Warga Dunia



Perang terbukti membawa kepada kemusnahan dan kesedihan kepada siapa sahaja yang terlibat. Orang-orang tidak bersalah seperti kanak-kanak menjadi korban kekejaman perang seperti yang dialami oleh seorang kanak-kanak malang ini yang ditemui tewas terdampar di pantai ketika berusaha menyelamatkan diri dari perang yang berlaku di negara asalnya, Syria.
Kanak-kanak yang baru berusia 3 tahun itu ditemui terdampar di pantai Turki dengan posisi meniarap. Anak kecil ini adalah salah seorang dari 20 orang pelarian Syria yang gagal mencari perlindungan ke negara Greece melalui Laut Mediteranian untuk menyelamatkan diri mereka dari menjadi mangsa perang.
Para pelarian dari negara Syria itu gagal bermigrasi kerana kapal yang mereka naiki terbalik ketika melintasi lautan. Menurut laporan beberapa sumber, seramai 12 orang dari 20 orang peelarian ini  meninggal dunia dalam insiden yang sangat memilukan.
Bukan sahaja kanak-kanak yang berusia tiga tahun itu menjadi mangsa korban, kakaknya yang baru berusia lima tahun juga turut terbunuh. Mereka berdua ditemui dalam keadaan sudah tidak bernyawa ketika pasukan penyelamat sampai di lokasi kejadian.
Gambar insiden ini  telah mendatangkan kemarahan masyarakat dunia.  Perdana Menteri Britain, David Cameron, yang pada mulanya berkeras untuk tidak membenarkan pelarian Syrian menjejakkan kaki ke negaranya, akhirnya tewas dengan desakan rakyat negara beliau dan media yang melaporkan tentang insiden ini. Akhirnya beliau bersetuju untuk membenarkan pelarian Syria masuk ke negaranya. Ternyata, gambar ini membuatkan warga dunia bersatu hati dan bersolidariti bagi mengekalkan keamanan di setiap penjuru muka bumi ini.

Pelakon jelita, Fazura juga turut meluahkan rasa sedihnya berhubung dengan pergolakan yang berlaku di Syria ketika ini dengan memuat naik status menerusi akaun Instagramnya, @missfazura.



sumber : sajakongsi
0 Komentar untuk " Gambar Pelarian Anak Kecil Syria Yang Lemas Ini Undang Tangisan Warga Dunia "

Back To Top