Elakkan Dari Berkawan Dengan 8 Orang Jenis Ini | Kadang-kadang di dalam
sebuah persahabatan ada kawan yang sebenarnya lawan ataupun musuh di
dalam selimut. Ada yang hanya berkawan dengan anda hanya untuk mengambil
kesempatan sahaja tetapi ada juga yang benar-benar setia. Jadi
bagaimana untuk mengesan kawan yang sebenarnya lawan ini? Berikut
penulis ingin kongsikan beberapa tips yang boleh anda guna.
1. Opportunist/ ambil kesempatan
Anda ada harga, anda ada rupa, ataupun anda popular? jaga-jaga kerana
memang ada segelintir manusia yang ingin berkawan dengan anda kerana
mungkin anda ada beberapa faktor yang penulis tulis itu. Mungkin anda
ada kereta yang canggih, pakaian atau aksesori yang terkini ataupun anda
seorang yang bijak di dalam akademik. Orang seperti ini juga boleh
menggunakan anda untuk berbaik dengan orang yang mereka inginkan seperti
mendapatkan nombor telefon ‘lelaki/wanita’ idaman mereka dan
sebagainya.
Orang seperti ini selalunya apabila anda bersemuka dengan mereka, mereka
menjadi marah dan tidak senang. Mereka tidak menghormati anda dan harta
benda anda. Selain itu juga, jika anda ingin meminta pertolongan
daripada mereka, mereka sukar untuk menghulurkan bantuan.
2. Pentingkan diri sendiri
Berhati-hati dengan orang yang suka mementingkan diri sendiri. Mereka
menggunakan motto : “semua tentang saya.” Mereka akan sentiasa bercakap
tentang diri mereka dan selalunya mereka tidak akan mengambil berat
tentang anda, mereka tidak berminat untuk mengetahui mengenai hari anda,
bagaimana anda rasa, perasaan anda.. pokok pangkalnya apa-apa mengenai
diri anda. Anda juga boleh melihat bahawa mereka selalu bangga dengan
diri sendiri tidak kira sama ada mengenai diri mereka, harta benda,
perkahwinan, percutian, pendek kata mereka sentiasa mencari sesuatu
untuk menjadikan mereka center of everything.
3. Sentiasa mengeluh tentang diri sendiri
Ada jenis manusia yang sentiasa mengeluh mengenai kehidupannya
seolah-olah dialah orang yang paling malang di dalam dunia ini. Rakan
seperti ini akan selalu mengadu masalahnya pada anda dan meluahkan
perasaan pada anda kerana mereka tahu anda akan sentiasa ada untuk
mereka TETAPI tidak semestinya dia akan buat perkara yang sama pada
anda. Jika anda ditimpa masalah, mereka akan memberikan pelbagai alasan
dan malas untuk melayan anda. Jika anda mempunyai masalah dengan teman
lain, mungkin orang seperti ini tidak mempertahankan atau memperdulikan
anda.
4. Jauhkan diri anda dengan rakan yang ‘clingy’
Pernah dengan perkataan ‘clingy’ tak? Atau orang yang selalu nak
berkepit kehulu kehilir. Orang seperti ini selalunya tidak boleh
berkongsi anda dengan orang lain. Apabila mereka lihat anda dengan orang
lain, mereka cemburu kerana mereka mahu anda untuk diri mereka sendiri.
Orang seperti ini juga kadang-kadang akan mengabaikan anda jika mereka
ingin bersama teman wanita/lelaki mereka tetapi dalam masa yang sama
mereka inginkan anda selalu ada bila mereka perlukan anda. Pelik kan?
Penulis pun pelik.
5. Hipokrit
Rasanya ini tidak perlu diulas lagi. Banyak kawan yang hipokrit di dunia
ini dan ada rakan yang memberikan senyuman paling manis pada anda bila
anda berada dengannya tetapi bila bersama rakan lain, mereka akan
mengutuk dan mengeji anda. Mereka juga akan sentiasa mengutuk anda
secara lisan dengan niat merendah-rendahkan anda. Orang seperti ini juga
sering berjanji untuk menghabiskan masa bersama anda tetapi selalu
‘cancel’ bila tiba saat akhir. Baik tak payah ada kawan macam ni!
6. Rakan yang tidak tahu menghormati
Elakkan orang yang suka bangga mengenai diri sendiri. Dia tidak hormat
budaya dan juga bangsa serta agama anda. Dia merasakan dirinya lebih
baik dari orang lain dan selalu merendahkan mengenai orang lain jika
orang itu tidak sama etnik atau seagama dengan anda.
7. Jenis pengintip
Ada jenis orang yang suka mengambil tahu mengenai diri anda.. kerana dia
ingin mengintip segalanya mengenai diri anda. Mungkin untuk dirinya
sendiri ataupun untuk orang lain. Satu lagi sebab mungkin kerana mereka
mahu untuk mendapatkan rangkaian rakan dan kenalan anda. Mereka tidak
benar-benar berminat untuk berkawan dengan anda sebenarnya, jadi jika
anda dapat tahu ada rakan seperti ini, mohon jauhkan diri anda. Orang
seperti ini selalu berbohong mengenai hal peribadinya dan sentiasa ingin
tahu mengenai hal peribadi anda meskipun tiada kaitan dengan dirinya.
8. Kawan yang mengabaikan anda
Apabila anda bersama dengan rakan seperti ini dengan kawan anda yang dia
tidak kenal, dia akan sentiasa bercakap dengan anda dan mula bersosial
dengan rakan-rakan anda. Walau bagaimanapun, apabila anda cuba bergaul
denganny dan rakan rapatnya, dia akanmengabaikan anda dan “lupa” untuk
memperkenalkan anda kepada rakan-rakannya. Setiap kali anda cuba berbual
dengannya, dia tidak menghiraukan anda dan terus bercakap dengan
rakannya sahaja.
sumber :Penpatah
0 Komentar untuk " Elakkan Dari Berkawan Dengan 8 Orang Jenis Ini "