Mohon Aktifkan Javascript!Enable JavaScript

HTML/JavaScript

Awas Kerang dan Tiram Beracun Dari Tumpat

Awas, kerang dan tiram dari Tumpat adalah beracun. Saya belek-belek akhbar pagi ni, dan terlihatlah akan berita ini yang sedikit menggangu -  tiram dan kerang dari Tumpat, Kelantan adalah beracun. Sebagai salah seorang penggemar makanan moluska ini, berita seperti ini memang saya anggap serius. Nak tak nak, bila nak beli kerang di pasar, perlu tahu origin atau asal usulnya.

Menerusi Kosmo, kerang dan tiram yang disahkan beracun ini berasal dari kawasan Sungai Geting, Kelantan. Pihak Jabatan Perikanan Kelantan telahpun melarang orang ramai memakan kerang dan tiram dari kawasan sekitar Sungai Geting ini. Kerang dan tiram dari Sungai Geting Kelantan disahkan tercemar dengan bahan beracun Plankton Alexandrium yang boleh mengakibatkan kematian!.


Awas Kerang dan Tiram Beracun Dari Tumpat

Kata seorang penduduk di Sungai Geting, kerang dan tiram yang beracun akan berbau seperti minyak diesel. Bagi mereka yang termakan kerang dan tiram beracun ini, kena segera berjumpa dengan doktor untuk rawatan. Antara simptom-simptomnya ialah sakit kepala yang teruk dan bibir menjadi kebas.
Awas Kerang dan Tiram Beracun Dari Tumpat
Jadi, awas dengan kerang dan tiram yang anda beli di pasar, pastikan origin atau asal usulnya, jangan segan untuk bertanya dan buatlah pemeriksaan dengan 'cium' bau kerang-kerangan yang dibeli.

Jangan main-main, boleh mati oooo makan kerang dan tiram beracun! Uhh terus rasa tak jadi nak masak kerang dalam seminggu dua ni untuk anak-anak .....

Sumber: Hasrulhassan.com
0 Komentar untuk " Awas Kerang dan Tiram Beracun Dari Tumpat "

Back To Top