1. Angau
Angau dengan ‘mat saleh’ dan ‘pak Arab’ menjadi antara faktor utama
wanita-wanita di negara ini tertipu dan mudah diperdaya oleh sindiket
Love Scam yang didalangi oleh warga Afrika.
Difahamkan, mangsa-mangsa wanita ditipu kerana mereka terlalu teruja
apabila berkenalan dengan lelaki warga asing khususnya yang berasal dari
England dan tanah Arab.
2. Terlampau terbuka
Menurut sumber, kebanyakan mangsa itu bersikap ‘terbuka’ di laman sosial
Facebook apabila seorang lelaki warga asing mahu berkenalan dan tidak
menolak untuk terus berkomunikasi dengan pihak terbabit.
3. Teruja
“Sudah menjadi lumrah dalam masyarakat kita hari ini yang teruja apabila
berkenalan dengan warga asing terutamanya yang digelar ‘mat saleh’ dan
perkara itulah sebenarnya yang terjadi kepada kebanyakan mangsa-mangsa
wanita.
“Mereka teruja apabila seorang dari luar negara yang bekerja di
Malaysia mahu berkawan dengan mereka dan akan melayan lelaki itu dengan
bersungguh-sungguh.
Lebih-lebih lagi jika lelaki itu mempunyai rupa paras yang elok.
“Akibatnya, mereka jatuh cinta dan angau sehingga tidak berfikir panjang
serta sanggup mengikuti segala kehendak lelaki itu. Ketika inilah
lelaki yang ‘direka’ sindiket itu akan memainkan peranan dan sedaya
upaya menipu mangsa,” ujar sumber.
4. Kesunyian
Sumber itu turut memberitahu, wanita yang kesepian, mahu mencari
pasangan hidup dan diabaikan keluarga adalah antara majoriti mangsa yang
ditipu oleh sindiket Love Scam ini.
“Mangsa yang terjebak dalam kes ini kebanyakannya terdiri daripada
mereka yang tidak mempunyai pasangan hidup, ditinggalkan suami seperti
ibu tunggal dan wanita berstatus andartu.
5. Keinginan dari kecil
Teori psikologi juga mendapati, golongan ini sebenarnya mudah
terbawa-bawa dengan keinginan semasa kecil. Sebagai contoh, mereka tidak
dapat sesuatu ketika waktu kanak-kanak dan apabila sudah dewasa
keinginan ini tanpa disedari akan keluar dan berazam untuk
mendapatkannya.
“Misalnya, sejak dari kecil dia tidak mendapat kesenangan, sudah tentu
di waktu besar dia akan cuba melakukan sesuatu untuk mendapatkan
kemewahan, iaitu keinginan yang dipendam selama ini walau dengan apa
cara sekalipun.
“Itu sebab apabila ada yang menjanjikan sesuatu, mereka akan alpa,” ujar sumber.
6. Janji manis
Akibat daripada mudah terpedaya dengan kata-kata atau mahukan sesuatu
kemewahan yang di luar batasan, wanita terpengaruh dengan janji-janji
yang ditabur.
Golongan lelaki berkenaan sebenarnya tidak mempunyai apa-apa kekayaan
pun, sebaliknya hanya mempunyai ‘kepakaran’ dan ‘berkemahiran tinggi’
dalam menggunakan ayat-ayat menggoda.
7. Tidak mengambil tahu isu semasa
Laporan juga menyebut mengenai kebanyakan yang menjadi mangsa sindiket
penipuan ini adalah terdiri daripada golongan wanita profesional.
Selain mereka memang dikejar kerana mempunyai aset, ada dalam kalangan
golongan ini yang mungkin hanya tahu mengenai soal kerja sahaja tetapi
tidak mengendahkan apa yang terjadi di sekeliling mereka atas dasar
kurang pengalaman dan pengetahuan dalam hal berkenaan.
8. Tidak ramai kawan
“Selalunya orang yang begini terdiri daripada mereka yang tidak mempunyai ramai kawan dan kurang berkomunikasi.
“Sebab itu dinasihatkan, kalau boleh kita perlu mempunyai ramai kawan,
agar tidak terjebak dan terpedaya dengan sebarang unsur negatif. Lagi
satu, sekiranya ada yang cuba menawarkan bantuan cinta kepada anda di
Internet, jangan sesekali cuba mendekati diri, elakkan apa yang perlu.
“Kalau mahu dapatkan cinta, biarlah orang yang kita sayang itu
benar-benar bertakhta di jiwa nyata dan bukannya di alam maya,” jelas
sumber.
“Wanita yang terlalu memilih pasangan hidup juga turut dikesan berada dalam senarai mangsa yang ditipu warga Afrika.
“Kebanyakan mereka suka melayari laman Facebook untuk berkenalan dengan
individu-individu yang dilihat berpotensi untuk menjadi pasangan,”
ujarnya.
sumber :Penpatah
0 Komentar untuk " 8 Sebab Wanita Malaysia Mudah Kena Pancing Dengan ‘Love Scam’ Di Internet "