Mohon Aktifkan Javascript!Enable JavaScript

HTML/JavaScript

8 Manfaat Dan Kesan Air Mani Boleh Beri Kepada Kesihatan Menurut Sains

sumber : says.com

  • 1. Merupakan agen anti-stres semula jadi yang mencegah kemurungan

    • Seks secara umum boleh meletakkan senyuman kembali pada wajah, tetapi ramai tidak terfikir ia mempunyai kaitan dengan air mani. Menurut kajian yang dijalankan ke atas 293 pelajar kolej wanita di State University of New York di Albany, pendedahan kepada air mani boleh menurunkan tanda-tanda kemurungan.

      Menurut penulis kajian itu, "Data-data ini adalah selaras dengan kemungkinan bahawa air mani mampu menghilangkan gejala kemurungan kerana faraj wanita menyerap beberapa komponen air mani ke dalam saluran darah." Pada dasarnya, wanita menyerap air mani dengan cepat, dan dengan itu manfaatnya mudah dikesan dalam aliran darah mereka.
      says.com
  • 2. Membantu untuk tidur lebih baik

    • Selalunya, ramai yang akan rasa penat selepas mengadakan hubungan seks dan boleh tidur nyenyak pada malam itu. Namun sebenarnya, tidur nyenyak itu bukannya disebabkan oleh penat sahaja, tetapi air mani turut main peranan.

      Air mani mengandungi melatonin iaitu sejenis bahan kimia semula jadi yang mendorong seseorang untuk tidur dan relax. Sama ada anda telan, atau menerimanya melalui hubungan kelamin, ia akan memasuki saluran darah dan membantu anda tidur lebih baik daripada kebanyakan ubat tidur lain.
      says.com
  • 3. Mengandungi multivitamin yang melambatkan proses penuaan

    • Satu sudu (teaspoon) air mani mengandungi lebih 200 protein serta beberapa vitamin dan mineral yang baik termasuk vitamin C, kalsium, klorin, asid sitrik, fruktosa, asid laktik, magnesium, nitrogen, fosforus, kalium, natrium, vitamin B12, dan zink.

      Walaupun jumlah setiap vitamin berbeza mengikut umur dan kesihatan si lelaki, biasanya mesti akan ada jumlah zink kira-kira 3 peratus, yang merupakan antioksidan yang membantu melambatkan proses penuaan. Jadi selain senaman, seks juga memberi kesihatan kepada tubuh badan.
      says.com
  • 4. Seks oral boleh menurunkan tekanan darah

    • Satu kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa menelan air mani secara konsisten mampu menurunkan tekanan darah. Wanita yang menelan sperma pasangan lelaki mereka semasa seks oral mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mendapat preeclampsia iaitu komplikasi semasa mengandung yang menyebabkan tekanan darah tinggi. Jadi, air mani sebenarnya berguna bukan sahaja dalam membuat bayi, tetapi membantu proses kandungan si isteri.
      says.com
  • 5. Mengurangkan risiko kanser prostat dan kanser payudara

    • Jurnal Persatuan Perubatan Amerika melaporkan bahawa "kekerapan ejakulasi sperma mempunyai kaitan dengan penurunan risiko kanser prostat."

      Ini bermakna, sama ada anda melakukannya sendiri atau dengan pasangan, jika ada ejakulasi secara konsisten, risiko untuk menghidap penyakit kanser prostat di kemudian hari berkurangan.

      Selain itu, penyerapan air mani melalui dinding faraj juga telah dikaitkan dengan pengurangan risiko kanser payudara. Ini disebabkan oleh glikoprotein dan selenium yang terkandung dalam sperma.
      says.com
  • 6. Menggalakkan ovulasi dalam faraj

    • Satu kajian dari Universiti Saskatchewan di Canada mendapati bahawa protein dalam air mani bertindak ke atas otak wanita untuk menggalakkan ovulasi - dan molekul yang sama ini juga turut mengawal pertumbuhan, penyelenggaraan, dan survival kepada sel-sel saraf.

      Oleh itu, jelas menunjukkan di sini bahawa sperma memberi isyarat hormon, yang tercetus melalui hipotalamus dan kelenjar pituitari dalam otak wanita. Ini seterusnya mencetuskan pengeluaran hormon lain yang memberi isyarat kepada ovari untuk melepaskan telur.
      says.com
  • 7. Mencegah keguguran

    • Sesetengah kes kemandulan dan keguguran adalah disebabkan oleh kehadiran antibodi yang memusnahkan protein atau antigen di dalam air mani. Salah satu cara untuk tangani masalah ini ialah dengan mengadakan hubungan kelamin. Antigen sperma yang menyerap ke dalam saluran darah melalui faraj boleh membantu menjadikan kehamilan lebih selamat dan lebih berjaya.
      says.com
  • 8. Melebat, mencantik, dan menyihatkan rambut

    • Pada masa ini, air mani lembu telah digunakan untuk mengembalikan seri kepada rambut kusam dan rambut rosak. Rupa-rupanya, air mani mempunyai agen penyembuhan vitamin E yang juga kaya dengan protein lima kali lebih banyak daripada produk penjagaan rambut di pasaran. Kandungan protein di dalam sperma ini saling melengkapi dengan molekul protein di dalam rambut.
0 Komentar untuk " 8 Manfaat Dan Kesan Air Mani Boleh Beri Kepada Kesihatan Menurut Sains "

Back To Top