Mohon Aktifkan Javascript!Enable JavaScript

HTML/JavaScript

6 BENDA PERCUMA YANG RAKYAT MALAYSIA SUKA



Bukan sahaja rakyat Malaysia, benda percuma dan boleh didapati tanpa mengeluarkan barang sesen pun mesti disukai sesiapa sahaja di dunia ini. Namun, ada beberapa perkara percuma yang sebenarnya unik kepada Malaysia — kerana kita Malaysia.

1. Makan

51437189955_950x600
Ini seharusnya perlu jadi nombor satu dalam senarai. Setiap kali ada restoran yang baik hati mahu berikan makanan percuma sebagai promosi atau sekadar amal jariah, pasti akan penuh dengan orang kita yang memang susah untuk menolak.
Belum campur jemputan rumah terbuka atau pun kenduri kendara yang makanan memang hebat dan sedap sedap belaka. Yumm.

2. Minuman

_DSC1882
Kalau ada makan mestilah ada minuman, lebih lebih lagi kalau ianya diberikan oleh rangkaian restoran popular. Anda tahulah secawan kopi di kedai kopi mahal berapa harganya. Tapi, jika beri air kosong percuma pun kita suka.

3. Gajet & Topup

wpid-iphoe6
Dengan kos memiliki telefon bimbit — yang sebenarnya sudah menjadi barang keperluan harian — tidak semakin murah saban hari, promosi gajet mahu pun topup percuma dari sesiapa pasti kita rembat. Kalau ada orang rajin buat kejutan beri topup percuma, lagi kita suka.

4. Duit

atm-sesak
Tidak perlukan penjelasan lanjut kami rasa. HAHA!

5. Petrol & Diesel

969170_511935222212441_639065363_n
Jarang jarang berlaku, namun ianya pasti menjadi rebutan kita semua. Alangkah baiknya jika bahan bakar penting ini menghampiri percuma harganya. Angan angan rakyat Malaysia nama dia. HAHA!

6. Tempat Duduk PERCUMA AirAsia

AirAsia-klia2
Dan, ianya kembali lagi untuk buat hati anda meronta ronta untuk berjalan. AirAsia faham.
Dengan pelbagai sentimen negatif yang berlingkar dalam negara kita ketika ini, ada baiknya kita ambil masa untuk cipta memori indah bersama insan tersayang ke destinasi impian — bersama AirAsia pastinya.
Mulai 6 September 2015 sehinggalah 13 September 2015, anda boleh menempah tempat duduk PERCUMA anda ke destinasi pilihan seperti Pulau Pinang, Yogyakarta, Siem Reap, Pattaya, Chiangmai, & banyak lagi! Promosi hebat juga tersedia untuk Perth, Melbourne, Tokyo, Busan dan pelbagai destinasi! Tunggu apa lagi?

sumber : ROTIKAYA

0 Komentar untuk " 6 BENDA PERCUMA YANG RAKYAT MALAYSIA SUKA "

Back To Top