
Hampir semua wanita di dunia ini telah
membesar sambil membaca dan melihat cerita-cerita fairy tale. Oleh itu,
gadis mana yang tidak ingin menjadi pasangan hidup seorang putera
diraja?
Walaupun peluang gadis-gadis biasa seperti kita untuk berkahwin dengan
seorang putera adalah tipis, tetapi ianya tidak salah untuk kami
bermimpi,bukan?
Berikut adalah antara putera-putera yang paling tampan dan menjadi
kegilaan wanita seperti yang kami petik dari perkongsian di sebuah
portal Mylaunchpad.
1. Putera Carl Philip
Putera Carl Philip dari Sweden, 41, adalah seorang putera yang sangat
tampan dan berbakat. Dia adalah ahli waris taktha yang ketiga untuk
negara Sweden selepas kakaknya Victoria dan anak saudaranya Estelle.
Hobinya termasuk bermain ski dan memandu kereta lumba. Carl Philip telah
mencetuskan kontroversi apabila mula berpacaran dengan bintang realiti
television, Sofia Hellqvist pada tahun 2010. Pasangan ini akan berkahwin
pada tahun ini. Bye bye to another handsome royal prince!
2. Putera Andrea Albert Pierre Casiraghi
Putera Andrea dilahirkan di Monaco pada 8 Julai 1984 dan merupakan cucu
kepada mendiang putera Rainier dan Grace Kelly. Pada suatu ketika,
neneknya Grace Kelly adalah seorang pelakon yang sangat terkenal di
Amerika Syarikat.
Putera Monaco ini dikenali sebagai playboy kerana wajahnya yang sangat
tampan. Pada tahun 2011, putera ini diberi tempat kedua sebagai putera
yang paling tampan selepas putera Carl Philip dari Sweden. Seorang yang
fasih dalam bahasa Inggeris, Itali, Perancis dan Jerman, dia juga gemar
bermain bola sepak dan bersukan air.
3. Putera Amedeo
Ahli waris yang keenam untuk taktha negara Belgium, putera Amedeo, 29,
adalah anak sulung kepada Putera Lorenz dan Puteri Astrid. Pada 5 Julai
2014, dia telah berkahwin dengan teman wanitanya, Elisabetta Rosboch von
Wolkenstein selepas bersama untuk tujuh tahun.
Satu perkara yang menarik tentang putera Belgium ini adalah dia
mempunyai hubungan darah dengan keluarga diraja Austria, Belgium, Itali,
Perancis, Swedish dan Spain. Oleh itu, dia mempunyai nama penuh yang
amat panjang iaitu Amedeo Marie Joseph Carl Pierre Philippe Paola Marcus
d’Aviano.
4. Putera Félix Léopold Marie Guillaume
Anak kedua Grand Duke Henri dan Grand Duchess Maria Teresa daripada
Luxembourg, Putera Félix dilahirkan pada 3 Jun 1984 dan adalah waris
seterusnya untuk takhta. Seperti putera yang lain, dia gemar bersukan
terutamanya dalam permainan bola sepak, bola keranjang dan tenis.
Dia juga pandai berfasih dalam bahasa Perancis, Inggeris Jerman,
Sepanyol dan Itali. Bersama isterinya, dia tinggal di selatan negara
Perancis dan menguruskan estet wain Chateau les Croste yang kepunyaan
keluarganya.
5. Putera Philippos
Pada tahun 1974, negara Greece telah menghapuskan pemerintahan diraja.
Oleh itu, putera Philippos yang dilahirkan pada 26 April 1986 tidak
mempunyai taktha yang rasmi. Walaupun begitu, putera ini mempunyai
ijazah daripada universiti yang terkemuka di Amerika Syarikat dan kini
bekerja di New York.
sumber : Penpatah
0 Komentar untuk " 5 Putera Raja Paling Kacak Di Dunia "