Kita semua tahu yang ijazah kita perolehi hasil dari pengajian kita
sangat mempengaruhi pilihan kerjaya. Namun begitu, di pihak majikan,
segulung sijil hanyalah sekadar lesen asas bagi menentukan gaji di
samping memastikan calon berkenaan tahu sedikit sebanyak tentang jawatan
yang dipohon dan mampu bekerja pada tahap penyeliaan yang minima.
Tetapi pada zaman yang semakin mencabar ini, ramai majikan yang mencari
calon yang mempunyai pengalaman kerja selain hanya kelayakan akademik.
Jadi mahasiswa terperangkap dalam situasi ini di mana kebiasaannya mahasiswa memerlukan pekerjaan untuk menimba pengalaman tetapi sekarang ianya sudah berubah di mana mahasiswa perlu mempunyai pengalaman untuk mendapatkan kerja.
Jangan risau! Disini kami senaraikan 5 kerjaya yang boleh memberi pulangan lumayan kepada sesiapa sahaja yang berminat walaupun anda tidak mempunyai ijazah dari universiti.
1. Pemandu Teksi Uber
Anda mempunyai kereta sendiri dan mempunyai masa lapang? Apa kata
anda gunakan kereta anda untuk mendapatkan pendapatan tambahan dengan
hanya memandu. Tahukah anda, syarikat teksi terbesar di dunia, iaitu
UBER membayar gaji kepada pemandu mereka pada setiap minggu. UBER hanya
mengenakan caj sebanyak 20% daripada bayaran penumpang sebagai caj
mereka. Contohnya, dalam seminggu, pendapatan adalah sebanyak RM100,
UBER akan mengenakan caj sebanyak RM20. Jadi, pemandu UBER akan menerima
bayaran sebanyak RM80 terus ke akaun mereka. Biasanya bayaran akan
terus masuk ke akaun pada hari Rabu berikutnya. Waktu pengiraan caj
bayaran adalah bermula 4.00 pagi hari Isnin hingga 3.59 pagi Isnin
berikutnya. (sumber dari ceritawan.com)
2.Penasihat Kewangan
Turut dikenali sebagai ‘wealth advisor’ merupakan individu yang
bertanggungjawab untuk mengurus dan memberi khidmat nasihat terhadap
pelaburan kewangan anda, sebagai contoh dalam unit amanah. Semua bank
dan institusi kewangan ada menawarkan banyak pilihan kepada pengguna
untuk melaburkan wang mereka. Antara faedah dari pekerjaan ini ialah
komisen yang lumayan, pendapatan pasif, waktu kerja yang fleksibel,
pakej percutian percuma dan bermacam-macam lagi.
3. Agen Insurans
Perasan atau tidak semakin tinggi kesedaran masyarakat berkenaan
dengan pemilikan skim insurans dan takaful persendirian. Terbukti telah
ramai yang berjaya malah menjadi jutawan selepas menceburi bidang
ini. Cara untuk menjadi ejen insuran ialah pemohon perlu lulus ujian
berkaitan. Antara syarikat yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia dan
popular di Malaysia adalah Takaful Ikhlas Sdn Bhd, Prudential BSN
Takaful Berhad, Etiqa Takaful Berhad dan lain-lain. Ianya bukan mudah,
kalau anda rajin berusaha, anda boleh mendapat sehingga RM5000 sebulan.
4. Agen Hartanah
Salah satu kerjaya yang menawarkan pulangan yang lumayan adalah
sebagai agen hartanah. Hartanah adalah terdiri dari rumah teres, kondo,
flat, tanah kosong, tanah pertanian, lot kedai, pejabat, kilang dan
pelbagai lagi. Pelbagai hartanah ini memberi peluang untuk agen menjual
apa sahaja malah kalau anda lihat di laman web hartanah ada sahaja
pelbagai hartanah ini untuk dijual setiap hari. Ada yang menjangkau
angka RM50,000 untung atas angin selepas satu jualan yang telah
dihasilkan. Senarai maklumat atau ebook berkaitan hartanah di Malaysia
boleh baca di sini.
5. Safety & Health Officer
Bidang tugas ialah untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja
di sesuatu premis pekerjaan / organisasi itu mengikut standard DOSH. Gaji besar tetapi tanggungjawab juga besar. Pendapatan tahunan untuk pekerjaan ini boleh mencecah sehingga rm50,000.
sumber : Sajakongsi
Jadi mahasiswa terperangkap dalam situasi ini di mana kebiasaannya mahasiswa memerlukan pekerjaan untuk menimba pengalaman tetapi sekarang ianya sudah berubah di mana mahasiswa perlu mempunyai pengalaman untuk mendapatkan kerja.
Jangan risau! Disini kami senaraikan 5 kerjaya yang boleh memberi pulangan lumayan kepada sesiapa sahaja yang berminat walaupun anda tidak mempunyai ijazah dari universiti.
1. Pemandu Teksi Uber

Imej dari khairulryezal.blogspot.com
2.Penasihat Kewangan
Imej dari morganstanley.com
3. Agen Insurans
Imej dari jennyyeoh.com
4. Agen Hartanah

Imej dari sccyberworld.blogspot.com
5. Safety & Health Officer
Imej dari thecrescent.com.my
sumber : Sajakongsi
0 Komentar untuk " 5 Pekerjaan Di Malaysia Yang Menawarkan Bayaran Lumayan Tanpa Perlukan “Degree” "