Ramai orang bertanggapan bahawa semua buah memiliki khasiat yang sama
dalam program diet yang sedang mereka jalani. Hal ini tidak salah,
tetapi ianya tidak benar juga. Terdapat beberapa jenis buah tertentu
yang sangat tinggi dengan serat dan protein yang berfungsi sebagai “fat
burners” atau pembakar lemak serta dapat membantu meningkatkan
imunisasi. Beberapa jenis buah ini sangat berkhasiat kerana mempunyai
kandungan gula yang lebih rendah daripada buah lain. Berikut adalah 5
jenis buah yang sangat baik untuk kesihatan dan diet anda.
1. Epal
1. Epal
Jika anda sedang diet, maka epal adalah buah
yang terbaik kerananya ia dapat membantu anda menurunkan berat badan.
Selain manis, ianya juga kaya dengan serat dan rendah kalori.Epal juga
mempunyai vitamin dan mineral yang amat baik untuk kesihatan. Jadi
pastikan anda mengambil buah epal sebagai menu diet anda.
2. Buah Pear
Buah pear adalah buah yang kaya dengan serat di
mana ianya dapat membantu anda merasa kenyang . Jadi jika anda sedang
dalam proses untuk menurunkan berat badan, sebaiknya anda perlu
menngambil buah pear dalam menu harian anda. Selain kaya serat, buah
pear juga dapat menurunkan kadar kolesterol dalam darah sekaligus buah
yang baik untuk kesihatan jantung anda kerana kandungan potasiumnya yang
tinggi!
3. Pisang
Pisang yang tinggi dengan potasium dan serat
akan membantu dan mempercepatkan proses penurunan berat badan anda.
Selain itu, pisang juga merupakan satu-satunya buah yang
mengandungi sumber vitamin B6 yang tinggi. Sebiji buah pisang
mengandungi hampir 30% vitamin B6 yang diperlukan bagi tubuh badan.
Vitamin B6 ini akan membantu meningkatkan imunisasi terhadap penyakit
sekaligus menurunkan risiko anda terhadap serangan penyakit jantung.
4. Blueberry
Blueberry merupakan buah yang sangat istimewa
mengandungi anti-oksidan yang tinggi. Mengamalkan blueberry akan
membantu tubuh anda memerangi faktor-faktor yang boleh merosakkan
metabolism tubuh badan. Blueberry mampu mengatasi masalah seperti
tekanan darah tinggi, obesiti, dan kolesterol.
5. Strawberi
Mengamalkan pemakanan buah strawberi akan
membantu anda mengurangkan berat badan dengan mudah kerana buah ini
dapat merangsang pertumbuhan hormon adiponektin dan leptin yang
berfungsi sebagai pembakar lemak sekaligus meningkatkan imun tubuh
badan. Strawberi juga tinggi dengan zat anti-inflamasi yang
dapat membantu mengubati luka di dalam tubuh badan akibat
masalah radang.
Inilah buah yang sangat berkhasiat dan
bermanfaat untuk menurunkan berat badan. Pastikan anda mengamalkan
pemakanan buah-buahan ini secara kerap dan imbangi dengan senaman agar
anda dapat memperolehi hasil yang maksima.
sumber : sajakongsi
0 Komentar untuk " 5 Buah-Buahan Ini Terbukti Boleh Menurunkan Berat Badan Anda "