Perkembangan teknologi sangat sukar untuk
dijangkakan. Masyarakat pada zaman kini terlalu bergantung pada
teknologi, sehingga menjadikan teknologi berkembang dengan sangat pesat
dan tidak terduga.
Ketika ini, kita mudah mendapatkan nformasi di seluruh dunia hanya
dengan bermodalkan apa-apa gajet atau peranti yang dihubungkan dengan
internet. Berbeza dengan zaman dahulu, gajet atau alat elektronik tidak
secanggih pada zaman kini serta telefon bimbit hanya digunakan untuk
membuat panggilan dan sms sahaja.
Memetik perkongsian dari sebuah blog SajaKongsi,
berikut senarai beberapa perkembangan teknologi yang sangat berbeza
jika dibandingkan pada tahun 90-an dengan teknologi pada masa kini.
1. Dari telefon bimbit ke smartphone.
Pada tahun 90-an, telefon bimbit masih memiliki bentuk yang besar dan
skrin yang sangat kecil. Animasi dan tulisan yang ada di telefon bimbit
juga terlalu membosankan. Dengan skrin monokrom, pengguna hanya boleh
menggunakan telefon untuk membuat panggilan dan sms saja.
Rata-rata, pengecas telefon bimbit pada zaman dahulu mempunyai kepala
charger yang amat besar dan sukar untuk di bawa ke mana-mana.
Telefon bimbit mengalami pelbagai perubahan teknologi dan memiliki ciri-ciri yang canggih serta reka bentuk yang elegan.
2. Dari Kaset ke Mp3 Player
Dahulu, jika anda ingin mendengarkan muzik, anda harus membeli kaset
terlebih dahulu dan memainkannya menggunakan tape recorder. Kaset
tersebut mempunyai 2 sisi yang memainkan lagu yang berbeza. Untuk
memainkan lagu yang telah didengar, ianya mengambil waktu yang sangat
lama.
Berbeza dengan zaman ini, pengguna yang ingin mendengarkan muzik hanya
perlu mendapatkan format MP3 lagu tersebut yang boleh di muat turun
dengan mudah melalui internet.
3. Dari Komputer ke Tablet
Komputer sudah wujud sebelum zaman 90-an lagi, tetapi bentuknya sangat
besar dan spesifikasinya yang sangat terhad. Selain itu ianya terlalu
lambat hingga menyukarkan pekerjaan kita.
Namun seiring dengan perkembangan teknolog , komputer telah mengalami
perubahan secara drastik. Komputer digantikan dengan laptop yang sangat
mudah di bawa ke mana-mana sahaja dan memiliki spesifikasi yang tinggi.
Selain laptop, tablet juga menggantikan fungsi komputer. Hanya dengan
membawa tablet, pengguna dapat menggunakannya untuk berbagai kegiatan
dan senang di bawa ke mana-mana sahaja.
4. Dari Disket ke Flashdrive
Dahulu, disket menjadi alat yang paling canggih untuk memindahkan data.
Bentuk disket yang nipis dan memiliki pelbagai warna menjadi alternatif
untuk membawa data penting ke mana-mana sahaja.
Namun, seiring dengan perkembangan teknologi, disket ini telah
digantikan dengan flashdrive. Bentuk flashdisk yang sangat kecil dan
ramping ini boleh menyimpan data dengan kapasiti yang besar. Berbeda
dengan disket yang hanya boleh menyimpan data tidak sampai 1 Gigabyte
pun.
sumber : Penpatah
0 Komentar untuk " 4 Gajet ‘Old Skool’ Ini Yang Generasi Sekarang Tidak Akan Jumpa Lagi "