Sepanjang kehidupan korang yang dah bertahun-tahun ni, pasti ada saat dan ketikanya apabila korang rasa fedup sangat dan tak mampu nak berkata-kata kan?
Hinggakan terkeluar ayat paling menusuk kalbu sekali iaitu ‘Eh, mampuslah kau’. Haaa, ni kira kes dah bengang abadi lah ni.
Tapi, sedar atau tidak, situasi dibawah ini turut menjadi penyumbang kepada korang melontarkan ayat tersebut. Tak percaya? Meh baca :
Duit Kena Telan Dengan Mesin Gedegang
Perkara ini memang selalu terjadi kepada insan-insan yang bergelar mahasiswa. Sudahlah duduk asrama, kena submit assingnment, tiba-tiba duit syiling terakhir korang ditelan tanpa kasihan.
Dah kau terfikir nak beli air tin guna duit apa. Alamatnya, terpaksalah pau sesiapa yang ada.
Member Minta Nasihat Tapi Tak Nak Dengar
Situasi ini boleh diibaratkan mencurah air ke daun keladi. Mana taknya, kawan kau beriya-iya menangis mengalahkan orang mati laki sebab putus cinta.
Tapi, bila korang nasihat ada je yang nak dibetahnya. Memang sesuai sangat la kena ayat ‘eh mampuslah kau’ ni kat batang hidung dia.
Salah Masuk Simpang, Nampak Kubur Tepi Jalan
Choii! Ini yang paling tak boleh tahan sekali. Mek, kalau dah silap jalan, nampak pulak tanah perkuburan, memang tak lekang ayat keramat ni dari bibir.
Al-maklumlah, Mek ni penakut orangnya.
Tengah Sedap Makan, Member Cakap Kau Gemuk
Cuba bayangkan, tengah syok korang layan Prosperity Burger, tiba-tiba kawan kau datang beritahu berat badan kau naik. Haihh, potong betullah!
Girlfriend Mengada-ngada
Selalu juga Mek dengar kawan-kawan Mek guna ayat ni bila girlfriend diorang terlalu mengada-ngada. Asyik tanya #AwakKatMana je.
Penyudahnya, dapat ayat keramat ni, terus terdiam. Hihi.
Stalk Facebok Bekas Teman Wanita Boyfriend Korang
Walaupun pedih, inilah perkara yang jadi rutin harian korang kan? Paling epik bila korang tak puas hati atau sentap dengan status yang dimuat naik.
Apa lagi, cepat je korang update ‘Eh Mampus Lah Kau’ di wall korang pula. Tak gitu?
Panas Hati Awek Kena Sailang
Hmm, rasanya, kalau situasi begini, bukan ayat keramat itu je yang korang guna. Habis segala bentuk kata cacian yang keluar.
Apabila Perempuan Jual Mahal
Ini sering berlaku di shopping complex. Mana taknya, disinilah tempat cik abang test market.
Ada ke patut nak ngurat anak dara orang pakai bunyik cengkerik je? Bila orang tak layan, mulalah keluar ayat-ayat begini.
Pergi Kedai…Kedai Tutup
Bertapa sakitnya hati ini apabila kornag jalan kaki tengah hari yang panas terik sebab kena beli kelapa kotak. Tetapi, sampai dikedai, kedai tutup!
Bersembang Dengan Orang Gila Main Dota
Orang kalau dah main dota ni, anggap je dia macam tak ada kehidupan lain. Apa yang cuba korang sampaikan pun dia takkan dengar.
Sebelum korang sakit hati, baik berlalu pergi sebelum korang mengeluarkan ayat yang tak sepatutnya.
Kawan Berlagak Tahap Nak Rejam Pakai Batu
Mek amat memahami situasi ini. Kadang-kadang Mek pun bengang dengan orang berlagak yang tak nak kalah ni!
Rakan Facebook Minta Tiket Candy Crush
Well, untuk pengetahuan semua, facebook bukan sekadar minta tiket candy crush untuk beri peluang korang masuk ke level seterusnya tau.
Apabila Kau Memang Sungguh-Sungguh Nak Orang Mampus!
Yang ini Mek dah tak boleh nak cakap apa lagi. Tenung-tenungkan, renung-renungkan ya?
sumber : Oh bulan
0 Komentar untuk " 13 Sebab Kita Akan Cakap ‘Eh Mampus Lah Kau’ "