Tuesday, 1 September 2015
Jom kita tengok kesilapan-kesilapan yang ramai orang selalu buat ketika menulis resume:
-
1. Mulakan resume dengan objektif
-
-
Jika anda memohon, ia sudah menunjukkan yang anda mahukan pekerjaan
tersebut. Walau bagaimanapun, jika anda berada dalam situasi seperti
menukar dari satu industri ke satu industri lain sepenuhnya, ia mungkin
berguna untuk anda memasukkan sedikit ringkasan objektif.
says.com
-
2. Senaraikan semua pengalaman kerja yang tidak relevan
-
-
Ya, mungkin anda merupakan pelayan terbaik di restoran yang anda
pernah bekerja beberapa tahun lalu. Tetapi, jika anda memohon bekerja
sebagai seorang eksekutif di sebuah bank, pekara itu tidak lagi relevan.
Sudah tiba masanya untuk menghilangkan segala kekusutan di dalam resume
anda.
says.com
-
3. Resume terlalu bersifat peribadi
-
-
Jangan masukkan status perkahwinan, agama, hobi, umur dan lain-lain.
Ini mungkin telah menjadi standard pada masa lalu, tetapi kini majikan
tidak mempunyai hak untuk bertanya kepada anda tentang semua maklumat
berkenaan, jadi tidak ada keperluan untuk memasukkannya.
says.com
-
4. Selitkan rujukan di akhir resume
-
-
Jika majikan anda mahu bercakap dengan rujukan anda, mereka akan
memintanya sendiri. Jadi harus ingat, lebih baik jika anda memberitahu
rujukan anda terlebih dahulu bahawa bakal majikan anda mungkin akan
membuat panggilan. Jika anda tulis, "rujukan atas permintaan" di
bahagian bawah resume, anda hanya menjadikannya tidak berharga, kata
jurulatih kerjaya, Eli Amdur.
says.com
-
5. Guna kata ganti nama diri
-
-
Resume anda tidak boleh menggunakan perkataan "saya", "awak", "dia,"
atau "kamu". Jangan bahasakan resume anda melalui pandangan pihak
pertama atau ketiga. Segala maklumat di resume adalah berkenaan anda dan
pengalaman anda.
says.com
-
6. Pakai e-mel masa zaman kanak-kanak yang langsung tak profesional
-
-
Anda masih lagi menggunakan e-mel seperti sayakiut87@yahoo.com atau princess_pink@live.com?
Kalau jawapannya ya, sudah tiba masa untuk anda menukarnya. Maka
buatlah e-mel yang baru yang lebih profesional. Tak sampai 5 minit pun
dan ianya percuma!
says.com
-
7. Resume terlalu panjang atau terlalu pendek
-
-
Salah satu matlamat menulis resume adalah untuk mendokumentasikan
segala yang anda lakukan beserta pencapaian anda, tanpa berjela-jela.
Bagi pekerja peringkat kemasukan dan mereka yang mempunyai beberapa
tahun pengalaman, satu halaman atau kurang sudah memadai. Tetapi tidak
boleh terlalu pendek sehingga tiada "isi". Jika anda mempunyai lebih
daripada enam atau tujuh tahun pengalaman, pastikan resume anda tidak
melebihi dua muka surat.
says.com
-
8. Letak maklumat gaji yang dipohon
-
-
Anda tidak perlu meletakkan tanda gaji yang anda inginkan dalam
resume. Maklumat tentang gaji adalah benar-benar tidak perlu dan boleh
menghantar mesej yang salah. Tujuan resume adalah untuk mempamerkan
pengalaman profesional dan kemahiran anda. Soal gaji datang kemudian
dalam proses temuduga.
says.com
-
9. Tonjolkan CGPA dan gred
-
-
Jujurnya, selepas habis belajar, gred tidaklah begitu relevan dalam
mencari pekerjaan. Walaupun gred CGPA anda 3.8 atau lebih tinggi, lebih
baik untuk tidak mencatatkannya. Bukanlah pendidikan itu tidak penting,
tetapi untuk tujuan menulis resume, perkara ini tidak digalakkan.
says.com
-
10. Beri lebih tumpuan kepada tanggungjawab daripada pencapaian
-
-
Majikan selalunya sudah sedia maklum mengenai tanggungjawab utama
untuk sesuatu tugas yang dipohon. Apa yang mereka mahukan di dalam
resume ialah apa yang membuatkan anda berbeza daripada pemohon yang
lain. Oleh itu, elakkan daripada menyenaraikan segala tanggungjawab
tanpa menunjukkan sebarang hasil yang telah anda capai.
says.com
-
11. Kesalahan ejaan, bahasa, tanda baca dan lain-lain
-
-
Dalam menulis resume, kesalahan ejaan boleh dianggap sebagai sesuatu
yang tidak boleh dimaafkan. Menurut kaji selidik CareerBuilder 2013,
58% majikan mengenal pasti, resume dengan kecuaian pada ejaan dan
penggunaan bahasa adalah salah satu kesilapan utama yang menyebabkan
mereka menolak calon secara automatik.
says.com
-
12. Resume terlalu "meriah"
-
-
Resume yang tidak konvensional seperti kertas berwarna-warni, wangi,
atau yang mempunyai banyak jenis tulisan yang berbeza dalam usaha untuk
menjadikannya lebih menonjol barangkali akan tidak dibaca langsung.
Majikan akan menganggap jika anda menggunakan taktik ini, anda mungkin
tidak mempunyai kelayakan untuk bekerja
sumber : Says.com
0 Komentar untuk " 12 Kesalahan Tipikal Dalam Resume Yang Boleh Menjejaskan Reputasi Anda "